Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Cara kekal motivasi dengan jadual latihan kecergasan

Cara kekal motivasi dengan jadual latihan kecergasan

Memulakan latihan kecergasan boleh menjadi sesuatu yang mencabar. Anda akan berasa bermotivasi pada mulanya, tetapi untuk kekal komited untuk mencapai matlamat kecergasan dan kesihatan anda boleh menjadi sukar.

Social Share XF (BM)
Cara kekal motivasi dengan jadual latihan kecergasan

Memulakan latihan kecergasan boleh menjadi sesuatu yang mencabar. Anda akan berasa bermotivasi pada mulanya, tetapi untuk kekal komited untuk mencapai matlamat kecergasan dan kesihatan anda boleh menjadi sukar. Anda harus sentiasa ingat tentang kepentingan bersenam dan kecergasan fizikal terhadap tubuh badan. Berikut ialah beberapa tips bersenam untuk membantu anda memulakan latihan kecergasan anda dan mematuhinya.

Tetapkan matlamat khusus dan boleh dicapai

Menetapkan matlamat yang jelas, khusus dan boleh diukur adalah penting untuk sebarang latihan kecergasan terutamanya ketika permulaan atau sekiranya ia adalah pengalaman pertama anda. Matlamat dan cita-cita yang tidak khusus seperti 'menurunkan berat badan' mungkin tidak mempunyai hala tuju dan motivasi yang diperlukan untuk mengekalkan komitmen anda. Sebaliknya, tentukan matlamat khusus dan boleh dicapai yang disesuaikan dengan keperluan dan pilihan peribadi anda. Contoh matlamat yang boleh diukur adalah seperti menyertai maraton 5 kilometer dalam masa tiga bulan, melakukan sepuluh tekan tubi tanpa berehat di antaranya, atau meningkatkan kelenturan anda dengan menyentuh jari kaki tanpa perlu membengkokkan lutut anda. Matlamat khusus dan boleh dicapai ini memberi anda sesuatu yang ketara untuk diusahakan, menjadikannya lebih mudah untuk memantau progres kemajuan anda serta kekal bermotivasi.

tetapkan matlamat khusus

Rancang lebih awal

Perancangan adalah aspek penting dalam menentukan kejayaan mana-mana latihan kecergasan. Luangkan sedikit masa untuk merangka jadual latihan kecergasan fizikal yang sesuai dengan rutin harian anda. Bagaimanakah anda berpegang kepada pelan kecergasan ini? Pertimbangkan komitmen anda, seperti kerja, keluarga, dan kewajipan lain, dan kenal pasti sebarang masa lapang yang anda perolehi yang boleh didedikasikan untuk aktiviti fizikal. Dengan menjadualkan latihan anda lebih awal, anda mewujudkan struktur dan kebertanggung jawaban. Selain itu, rancang makanan dan snek anda agar sejajar dengan matlamat kecergasan anda. Sediakan dapur anda dengan makanan berkhasiat dan sediakan makanan lebih awal untuk mengelakkan daripada terjerumus ke dalam corak pemakanan yang tidak sihat

Rancang lebih awal

Pantau kemajuan anda

Memantau kemajuan anda ialah cara paling berkesan untuk kekal bermotivasi dan berada di landasan yang betul dalam perjalanan latihan kecergasan anda. Simpan rekod latihan anda, termasuk senaman yang dilakukan, berat yang diangkat atau jarak yang ditempuhi. Memantau kemajuan anda membolehkan anda melihat sejauh mana anda telah capai, memberikan rasa pencapaian dan mengukuhkan komitmen anda. Selain itu, pertimbangkan untuk menggunakan aplikasi atau peranti kecergasan seperti jam tangan kecergasan yang boleh menjejaki langkah anda, kadar denyutan jantung, kalori yang dibakar dan metrik lain yang berkaitan. Alat ini boleh membantu anda mengukur kemajuan anda secara objektif, memberikan anda cerapan berharga tentang perjalanan kecergasan anda

Raikan pencapaian kecil anda

Adalah penting untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian kecil anda, tidak kira betapa kecilnya pencapaian itu. Terutama untuk yang baru hendak bermula, ini adalah sesuatu yang anda perlukan untuk memastikan diri anda bermotivasi untuk terus bersenam secara konsisten untuk menjaga kesihatan. Dalam latihan kecergasan, kemajuan sering berlaku secara beransur-ansur, dan adalah penting untuk menghargai peristiwa penting sepanjang perjalanan. Layan diri anda dengan ganjaran kecil apabila anda mencapai matlamat tertentu atau mengatasi cabaran. Ini mungkin termasuk membeli peralatan senaman baharu, berurut di spa atau mengambil cuti sehari untuk berehat. Meraikan pencapaian ini memberikan peneguhan positif dan boleh meningkatkan motivasi anda untuk terus maju.

Memulakan latihan kecergasan memerlukan masa, komitmen dan usaha. Dengan menetapkan matlamat khusus, merancang senaman, memantau kemajuan dan meraikan kejayaan anda, anda boleh mencipta latihan kecergasan yang mapan yang sesuai untuk anda. Dengan Great Eastern Takaful Berhad, anda mampu meningkatkan kualiti hidup anda dengan salah satu produk kesihatan kami.