Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Untuk golongan profesional yang berpengalaman
Korporat
Untuk golongan profesional yang berpengalaman
Great Eastern Takaful gembira untuk memiliki lebih ramai professional yang berkebolehan dalam bidang takaful. Hubungi kami melalui emel atau lihat peluang pekerjaan jika berminat

Terokai program kami

Untuk Lepasan Ijazah / Tahap Permulaan
Untuk Lepasan Ijazah / Tahap Permulaan
Di Great Eastern Takaful, kami menitikberatkan perkembangan dan pertumbuhan kerjaya pekerja kami, kerana kami percaya setiap orang mempunyai bakat unik yang boleh digilapi. Ambil kesempatan ini dan pilihpeluang pekerjaan yang kami sediakan, beri peluang untuk Great Eastern Takaful membawa anda ke tahap kerjaya yang lebih tinggi.  Hubungi kami melalui e-mel di humancapital@greateasterntakaful.com.
Untuk Latihan Industri
Untuk Latihan Industri

Sebagai seorang pelatih di Great Eastern Takaful,anda akan menimba pengalaman yang tidak dapat anda perolehi di dewan kuliah anda. Anda akan dapat merasai pengalaman bekerja di bahagian teras operasi kami yang mencakupi semua aspek termasuk produk dan perkhidmatan. Anda juga berpeluang terlibat dalam projek yang menguji ketahanan, kreativiti dan kemampuan anda untuk menyelesaikan masalah. Jalinkan ikatan dan ukhwah dengan pelatih yang lain dan peroleh pengalaman yang mempersiapkan diri anda untuk menghadapi masa depan, di mana sahaja anda berada.

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian daripada kami, hubungi kami melalui e-mel  di HumanCapital@greateasterntakaful.com