Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Ringkasan profil Great Eastern Takaful Berhad

Kami berpegang teguh dengan satu matlamat -'untuk membolehkan masyarakat saling membantu antara satu sama lain pada masa yang memerlukan, kerana kami boleh' dan berusaha untuk memberikan impak kepada komuniti setempat dengan perlindungan kesihatan dan kewangan yang berpatutan dan mudah diakses.

Sejarah Kami

Great Eastern Takaful Berhad adalah syarikat usaha sama antara i Great Capital Holdings Sdn Bhd (i-Great), anak syarikat Great Eastern Holdings Limited dan Koperasi Angkatan Tentera (M) Berhad. Sejak ditubuhkan pada tahun 2010, Great Eastern Takaful komited dalam menyediakan produk perlindungan takaful keluarga komprehensif yang memberi perlindungan kesihatan dan kewangan patuh syariah dalam usahanya untuk merapatkan jurang perlindungan di kalangan rakyat Malaysia, termasuk kumpulan berpendapatan rendah (B40). Menzahirkan pendekatan Takaful untuk Semua, operasi perniagaan GETB disokong oleh pelbagai saluran pengedaran, rakan perniagaan korporat dan perbankan untuk terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri dan memenuhi keperluan perlindungan para pelanggan.

Melangkaui operasi perniagaan, Great Eastern Takaful juga giat menjalankan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial yang memfokuskan pendidikan (GET-Pintar), pembangunan komuniti (GET-Care) dan kelastarian alam sekitar (GET-Green) demi membantu masyarakat memperoleh kualiti hidup yang lebih baik.

Aspirasi Great Eastern Takaful untuk mencapai kejayaan bersama rakyat Malaysia adalah terbukti melalui pelbagai anugerah dan pengiktirafan tempatan dan antarabangsa. Antara pengiktirafan terkini adalah anugerah “Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2022” oleh Global Business Outlook Awards dan pada tahun 2023, Great Eastern Takaful diiktiraf sebagai “Most Valuable Brand – Takaful Solutions” oleh The BrandLaureate BestBrands Awards, “Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik” oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA) serta pelbagai anugerah Takaful Star Awards oleh Persatuan Takaful Malaysia. Great Eastern Takful juga dinamakan sebagai Majikan Terbaik oleh Anugerah Majikan Terbaik Kincentric.

Pihak Kerajaan juga telah melantik Great Eastern Takaful sebagai pengurus skim mySalam, yang merupakan skim perlindungan kesihatan nasional yang dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia.