Bantu lebih ramai untuk mencapai sasaran kewangan mereka
Dengan gabungan jenama yang mantap, kaya dengan sumber latihan, dan laluan kemajuan kerjaya berstruktur, Great Eastern Takaful akan membantu meletakkan anda di laluan kerjaya yang betul.
Kami percaya bahawa mempunyai agensi yang betul boleh memacu budaya yang dinamik. Kami sentiasa mencari mereka yang mempunyai minat bersungguh-sungguh, pencetus idea dan cara baru dalam melakukan sesuatu.
Di Great Eastern Takaful, kami bukan sahaja menawarkan akses untuk penyelesaian terbaik kepada para pelanggan kami, malah lebih lagi. Kami bertekad untuk membantu para pelanggan kami untuk hidup lebih baik dan kami berbangga kerana telah memenangi beberapa anugerah yang mengesahkan kami sebagai pemimin dalam pasaran takaful, termasuklah diiktiraf sebagai Pengendali Takaful Terbaik beberapa kali.
GETB telah mengamalkan pendekatan Takaful untuk Semua dengan visinya iaitu Membuka jalan untuk kehidupan yang Hebat dan Ceria;Takaful untuk Anda dan Saya. Usaha sama ini telah menaik taraf penyelesaian kewangan Islam serta khidmat pelanggan dengan meningkatkan urusan operasi ke aras yang baru di dalam industri takaful.