Kepentingan Takaful perubatan keluarga
Tahukah anda, Takaful perubatan bukan sahaja ditawarkan untuk individu, malah Takaful perubatan keluarga juga wujud di pasaran! Pernahkah anda tertanya, apakah yang menyumbang kepada penonjolan Takaful perubatan keluarga berbanding Takaful perubatan individu?
Kepentingan Takaful perubatan keluarga
Ramai di kalangan kita sedar mengenai Takaful perubatan, bahawa ia boleh membantu untuk menampung perbelanjaan perubatan dan pembedahan yang ditanggung oleh seseorang individu ketika dimasukkan ke hospital. Kebiasaannya, ia adalah salah satu bentuk perlindungan yang lebih diterimapakai di kalangan rakyat Malaysia kerana kita ingin memastikan bahawa kita sentiasa dijaga ketika jatuh sakit atau menghadapi kecemasan perubatan. Namun realitinya, dengan peningkatan kos perubatan yang dipaparkan di dalam berita, kita sedar bahawa pada masa ini semakin sukar untuk kita menanggung kos pembayaran sepenuhnya. Oleh itu, kami akan kongsikan cara yang terbaik untuk melindungi kewangan anda dengan menyertai Takaful perubatan.
Tahukah anda, Takaful perubatan bukan sahaja ditawarkan untuk individu, malah Takaful perubatan keluarga juga wujud di pasaran! Pernahkah anda tertanya, apakah yang menyumbang kepada penonjolan Takaful perubatan keluarga berbanding Takaful perubatan individu? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Perlindungan perubatan untuk semua
Anda mungkin tertanya:
“Saya sudahpun dilindungi dengan pelan takaful individu. Mengapa saya perlu menyertai pelan takaful perubatan keluarga?”
Mungkin anda sedang melalui beberapa perubahan besar dalam hidup anda. Sebagai contoh, adakah anda sudah berkahwin ataupun akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi? Adakah anda sedang memikirkan untuk mengembangkan keluarga, atau adakah anda sudah mempunyai keluarga kecil anda sendiri? Jika anda menjawab ya pada soalan di atas, Takaful perubatan keluarga harus menjadi pilihan anda.
Apabila anda baru berkahwin, anda akan mempunyai tanggungan baharu danapabila keluarga anda semakin berkembang, tanggungan anda juga semakin bertambah. Sememangnya, anda ingin memastikan sumber kewangan anda mencukupi untuk menampung kehidupan keluarga anda dalam menghadapi apa jua musibah yang akan berlaku kepada mereka mahupun anda sendiri. Dengan menyertai Takaful perubatan keluarga, ia membolehkan anda sekeluarga mendapat perlindungan perubatan yang mencukupi. Melalui cara ini, anda akan menjadi lebih yakin bahawa pasangan dan anak-anak anda sentiasa dilindungi ketika sakit dan/atau menghadapi kecemasan perubatan.
Jumlah perlindungan yang tinggi
Satu lagi perkara penting melibatkan Takaful perubatan keluarga adalah jumlah perlindungannya. Apa sahaja yang berkaitan dengan rawatan, kemasukan hospital dan bil perubatan, kita sentiasa menginginkan sesuatu bantuan dari segi kewangan bagi membantu kita mengharungi situasi-situasi tersebut.
Peningkatan kos perubatan membuktikan kepada kita betapa pentingnya untuk mendapatkan perlindungan. Oleh itu, adalah ideal untuk mendapatkan jumlah perlindungan yang tinggi bagi perlindungn Takaful perubatan. Apabila setiap ahli keluarga menyertai dalam Takaful perubatan keluarga, had tahunan keseluruhan tidak akan dikongsi. Ini bermaksud, apabila salah seorang ahli keluarga jatuh sakit, jumlah perlindungan untuk keluarga tidak akan terjejas, kerana mereka dilindungi dengan had tahunan individu masing-masing.
Malah, ini lebih bermanfaat berbanding perlindungan perkongsian bagi memastikan kita mampu untuk membantu yang tersayang mendapatkan rawatan untuk penyakit yang berjangka pendek ataupun berjangka panjang, kemasukan hospital, pembedahan dan lain-lain. Ini akan memberi anda ketenangan fikiran, agar tiada kerisauan semasa bekerja serta dapatmenjaga orang yang tersayang jika ditimpa musibah.
Menjimatkan kos
Takaful perubatan adalah sangat penting, maka ia adalah sesuatu pelaburan yang amat berbaloi untuk dibelanjakan untuk keluarga anda. Namun begitu, tidak lama lagi anda akan menyedari bahawa menyertai Takaful perubatan untuk setiap ahli keluarga anda boleh membebankan anda. Ini dibuktikan benar terutamanya jika anda merupakan satu-satunya pencari nafkah bagi keluarga anda. Walaupun anda bukan satu-satunya pencari nafkah, ia masih sukar dan anda mungkin berisiko tidak lagi mampu membayar caruman, disebabkan pelbagai komitmen kewangan yang sedia ada.
Seperti mana-mana perlindungan Takaful yang ditawarkan di pasaran, menyertai Takaful perubatan pada peringkat awal ketika masih muda memberi anda lebih kelebihan kerana caruman bulanan yang lebih rendah , berbanding menyertai Takaful di kemudian hari setelah anda berkeluarga. Walau bagaimanapun, ini mungkin berbeza bergantung kepada umur anak-anak anda. Namun begitu, anak-anak dapat membesar dengan ilmu mengenaiperlindungan Takaful. Oleh itu, menyertai Takaful perubatan keluarga akan memberikan penjimatan yang besar kepada anda sekeluarga. Bukan itu sahaja, anda boleh mendapatkan diskaun keluarga apabila anda dan keluarga anda menyertai pelan Takaful perubatan keluarga.
Tip-tip untuk pertimbangan anda
Selain daripada Takaful perubatan individu, Takaful perubatan keluarga adalah sangat penting untuk anda sertai, terutamanya jika anda berada dalam fasa permulaan untuk membina keluarga. Ia akan menjadi lebih bermanfaat seperti yang telah kita pelajari setakat ini.
Adakah anda sedang mempertimbangkan untuk menyertai Takaful perubatan keluarga, tetapi tidak pasti bagaimana untuk bermula?
Berikut adalah beberapa tip-tip untuk anda!
Pertama, semak perlindungan perubatan sedia ada. Anda amat disarankan untuk kerap menyemak pelan perlindungan yang sedia ada bagi memastikan anda dilindungi sepanjang setiap perubahan hidup anda. Ini adalah agar anda boleh melaraskan keperluan dan matlamat anda. Selain itu, teliti manfaat yang disediakan pelan perlindungan yang sedia ada, contohnya hospitalisasi, pembedahan, dan lain-lain.
Seterusnya, anda perlu menentukan jika perlindungan perubatan mempunyai ko-Takaful. Jika terdapatnya ko-Takaful, adanya satu jumlah tertentu yang perlu anda membayar daripada jumlah bil perubatan tersebut. Ini bermaksud kos akan ditanggung oleh anda dan Pengendali Takaful.
Akhir sekali, adakah diskaun keluarga ditawarkan untuk Takaful perubatan keluarga yang sedia ada? Takaful perubatan keluarga menawarkan nilai yang baik untuk anda sekeluarga malah memberikan lebih penjimatan kepada anda.Bagi keluarga yang semakin berkembang, setiap sen adalah amat berharga.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, kami menawarkan pelan Takaful perubatan keluarga yang komprehensif berserta diskaun keluarga.