Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Pemakanan sihat di hari raya

Pemakanan sihat di hari raya

Hari Raya Aidilfitri menandakan berakhirnya bulan Ramadan,yang mana masyarakat Islam di seluruh dunia meraikannya. Aidilfitri merupakan perayaan yang menyeronokkan kerana sesetengah hidangan tradisional kegemaran masyarakat Melayu di Malaysia seperti rendang, lontong, ketupat dan lemang adalah makanan "bermusim".

Social Share XF (BM)
Pemakanan sihat di hari raya

Hari Raya Aidilfitri menandakan berakhirnya bulan Ramadan,yang mana masyarakat Islam di seluruh dunia meraikannya. Aidilfitri merupakan perayaan yang menyeronokkan kerana sesetengah hidangan tradisional kegemaran masyarakat Melayu di Malaysia seperti rendang, lontong, ketupat dan lemang adalah makanan "bermusim". Hari Raya Aidilfitri adalah lambang keharmonian keluarga, rakan-rakan, masyarakat, dan penyediaan juadah bersama ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi kita untuk mengekalkan diet yang sihat untuk mengelakkan masalah kesihatan. Membuat pilihan bijak tentang makanan sihat adalah penting untuk mengelakkan makan makanan yang tidak sihat dengan berlebihan. Ramai juga yang menyesuaikan diri dengan perubahan waktu makan kerana puasa sudah berakhir. Berikut adalah beberapa tips dan cara pemakanan sihat dan seimbang semasa Hari Raya.

Makan secara sederhana

Menikmati makanan secara sederhana

Antara tips penting untuk pemakanan sihat semasa Hari Raya Aidilfitri adalah dengan mengamalkan pemakanan secara sihat dan sederhana. Elakkan mengambil sejumlah makanan sekali gus, dengan mengambil beberapa hidangan mini. Ia adalah penting bagi mengelakkan penyakit akibat pengambilan makanan tidak sihat yang terlalu banyak. Dengan mengamalkan kesederhanaan, anda masih boleh menikmati hidangan perayaan. Anda boleh makan sedikit makanan dan mengambil masa untuk menikmati setiap hidangan. Dengan cara ini anda tidak akan kenyang terlalu cepat dan boleh kembali untuk hidangan kedua tanpa risiko ketidakselesaan penghadaman!

Pilih makanan lebih sihat

Pilih makanan yang lebih sihat

Apabila memilih makanan yang hendak dimakan serta makanan yang hendak dimasak semasa Hari Raya, anda harus memilih pilihan yang lebih sihat seperti daging panggang, sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Makanan ini kaya dengan nutrien dan boleh membantu anda berasa kenyang dan memuaskan. Elakkan makanan bergoreng atau berminyak kerana makanan seperti ini adalah makanan yang berkalori tinggi dan mempunyai lemak yang tidak sihat. Anda masih boleh menikmati rendang yang lazat, tetapi lebih baik untuk memakannya secara bersederhana. Pilih makanan yang disediakan dengan kaedah yang sihat seperti dipanggang atau dibakar.

Kekal terhidrat

Kekal terhidrat

Dalam menikmati makanan Hari Raya, anda juga harus meminum air yang banyak untuk kekal terhidrat lebih lebih lagi dalam cuaca yang panas ketika ini. Selain itu, sesetengah makanan yang disediakan pada Hari Raya memiliki kuantiti garam yang tinggi. Jika badan anda mengandungi garam yang berlebihan, buah pinggang anda perlu bekerja lebih keras untuk menghilangkan natrium, jadi ia akan kekurangan air yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi dapat membantu sistem pencernaan menjadi lebih lancar dan seterusnya memudahkan proses penghadaman. Anda juga perlu mengelakkan minuman bergula dan berkarbonat kerana ia boleh menyebabkan perut kembung dan penyakit diabetes.

Berhati-hati dengan makanan ringan

Berhati-hati dengan makanan ringan

Kuih dan snek Raya yang lazat yang disediakan tuan rumah semestinya akan menjadi tumpuan utama. Walaupun tidak salah untuk memanjakan diri sekali sekala dengan menjamu kuih Raya yang disediakan, pastikan anda mengambilnya secara bersederhana dan tidak berlebihan. Anda juga boleh cuba memilih snek yang lebih sihat seperti buah-buahan atau kekacang yang tinggi serat kerana ia boleh membantu sistem penghadaman anda dan membuat anda berasa kenyang.

Kawal saiz hidangan

Kawal Saiz Hidangan

Salah satu tip yang baik ialah dengan menggunakan pinggan kecil semasa memilih makanan yang anda ingin jamu. Ini membuatkan fikiran anda percaya bahawa anda telah mengisi pinggan anda dengan mencukupi dan tidak perlu menambah untuk hidangan kedua. Anda juga harus mengunyah makanan anda dengan perlahan supaya boleh membantu anda berasa lebih cepat kenyang.

Hari Raya Aidilfitri adalah masa untuk meraikan bersama keluarga namun anda harus memahami kepentingan amalan pemakanan yang sihat. Dengan mengikuti tips ini, anda masih boleh menikmati hidangan perayaan tanpa menjejaskan kesihatan anda. Berwaspadalah dalam menjaga kesihatan anda demi kesejahteraan hidup. Anda juga boleh melindungi diri anda dan keluarga tersayang dengan pelan kesihatan yang dapat membantu anda dan keluarga sekiranya didiagnos dengan penyakit atau dimasukkan ke hospital.