Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Rancang pelan pendidikan anak anda sejak kecil

Rancang pelan pendidikan anak anda sejak kecil

Sebagai ibu bapa, sudah pasti anda akan cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak anda. Impian anda tentunya untuk melihat anak-anak bahagia dan berjaya hingga ke menara gading. Ketahui lebih lanjut untuk cara merancang pelan pendidikan anak.

Social Share XF (BM)
Rancang pelan pendidikan anak anda sejak kecil

Sebagai ibu bapa, sudah pasti anda akan cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak anda. Impian anda tentunya untuk melihat anak-anak bahagia dan berjaya hingga ke menara gading. Pelbagai bekalan yang disediakan daripada didikan akhlak, ilmu pengetahuan sehinggalah persiapan kewangan bagi membantu mereka mendepani cabaran di hari dewasa kelak.

Semua ini memerlukan perancangan rapi sejak dari kecil lagi. Lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat hari demi hari. Harga sebuah pendidikan bukanlah murah, kerana ia juga tidak lari daripada inflasi.

Purata kos pengajian dua semester di universiti awam adalah sekitar RM5,000. Dengan kadar inflasi 4%, kos ini mencecah RM10,900 dalam tempoh 20 tahun lagi bersamaan RM43,600 bagi pengajian lapan semester.

Manakala kos pengajian di universiti swasta bagi 2 semester bakal meningkat daripada RM12,000 kepada RM26,300 dalam tempoh 20 tahun.

Sebagai contoh jika anak anda bercita-cita menjadi seorang doktor perubatan, kos bagi seorang pelajar dalam bidang ini bagi tempoh setahun adalah RM60,000. Kosnya 20 tahun lagi adalah sekitar RM132,000.                                                                                          

Jadi bagi mengelakkan anak-anak terbeban dengan hutang belajar, ibu bapa perlu mula merancang daripada awal. Hari ini majoriti anak muda tersepit dan terbeban dengan hutang belajar sejurus tamat pengajian. Jika anda mampu menyediakan dana bagi menampung kos pengajian, sudah pasti ia akan mampu meringankan beban dan memudahkan mereka memulakan kehidupan sebagai seorang dewasa.

Mungkin ada yang berpendapat dana pendidikan ini tidak penting kerana adanya bantuan kerajaan seperti pinjaman PTPTN. Namun, tiada jaminan bantuan ini masih diberikan pada masa hadapan.

Cara Merancang Pelan Pendidikan Anak

Mula menyimpan seawal mungkin

Lebih awal anda mula menabung untuk dana pendidikan, lebih rendah jumlah yang perlu disimpan setiap bulan.

Katakan anda mahu menyediakan RM50,000 sebagai dana pendidikan pada usia anak 20 tahun. Jadual di bawah menunjukkan berapakah jumlah simpanan bulanan yang diperlukan mengikut tahun anda mula menyimpan. Perkiraan ini dibuat berdasarkan kadar pulangan 5%.

Umur Anak
1 Tahun
5 Tahun
10 Tahun
15 Tahun
Simpanan Bulanan
RM126 RM193 RM331 RM754

Anda hanya perlu menyimpan RM126 sebulan jika bermula pada usia anak 1 tahun berbanding RM331 sebulan jika bermula pada usia 10 tahun.

Manfaatkan duit raya

Setiap kali anak-anak mendapat duit raya, simpankan duit raya tersebut dengan membuat simpanan ke dalam akaun mereka. Anda boleh simpan di dalam instrumen yang memberikan pulangan seperti Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Mulakan menabung untuk masa depan anak anda dengan membuka Akaun Simpanan

Serba sedikit simpanan ini bakal membantu mereka apabila dewasa nanti. Jika tidak digunakan untuk dana pendidikan sekali pun, ia boleh digunakan sebagai perbelanjaan perkahwinan atau deposit rumah dan kereta untuk mereka.

Selain itu, melalui cara ini anda sebenarnya mendidik anak-anak tentang kepentingan menyimpan dan kewangan sejak mereka kecil lagi.

Ambil Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan

Takaful berkaitan pelaburan adalah pelan takaful yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka panjang bagi tujuan melangsaikan hutang, bersara dengan tenang serta membiayai kos pendidikan anak-anak ketika mereka dewasa.

Kelebihan pelan ini adalah ia menjamin kelangsungan pendidikan mereka sekiranya ibu bapa sudah tiada. Manfaat yang diterima sekiranya ibu bapa meninggal dunia boleh digunakan bagi menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak.

Anda boleh gunakan kalkulator pendidikan ini untuk mengira jumlah perlindungan yang diperlukan dan berapa amaun simpanan bulanan perlu dikeluarkan bagi tabung pendidikan.

Anggaran keperluan perlindungan untuk dana pendidikan anak anda

Anda boleh baca lebih lanjut tentang pelan takaful berkaitan pelaburan yang Great Eastern Takaful tawarkan.

Rancanglah Demi Masa Depan Anak

Kesenangan yang bakal dikecapi suatu hari nanti bermula dengan perancangan pada hari ini. Ibaratnya anda menanam pohon buah-buahan supaya nanti anak dan cucu mampu menikmati kelazatan buah-buahannya.

Selain daripada membantu anak-anak membina tabung pendidikan mereka, ibu bapa juga harus memupuk tabiat menabung dan menghargai nilai wang ringgit supaya anak-anak mampu menguruskan kewangan dengan baik kelak.

Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/34074/BERITA/Nasional/Kos-pendidikan-tinggi-dijangka-naik