Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Tips keibubapaan & peranan ibu bapa dalam kehidupan anak

Tips keibubapaan & peranan ibu bapa dalam kehidupan anak

Membesarkan anak-anak adalah salah satu pekerjaan yang paling sukar namun paling memuaskan di dunia dan pekerjaan yang mungkin anda rasakan kurang bersedia.

Social Share XF (BM)
Tips keibubapaan & peranan ibu bapa dalam kehidupan anak

Membesarkan anak-anak adalah salah satu pekerjaan yang paling sukar namun paling memuaskan di dunia — dan pekerjaan yang mungkin anda rasakan kurang bersedia. Ia memerlukan keseimbangan kasih sayang, bimbingan dan pemahaman. Apabila anak-anak kita masih kecil, mereka akan mengikut dan meniru setiap gerak isyarat, belajar daripada persekitaran mereka, dan meningkatkan kemahiran daripada apa yang mereka lihat. Dengan mempratikkan kaedah keibubapaan yang positif, anda boleh membantu anak anda menjadi lebih baik di sekolah, mempunyai masalah tingkah laku yang lebih sedikit dan kesihatan mental yang lebih kuat. Berikut ialah beberapa tips keibubapaan, ciri-ciri ibu bapa yang baik, dan peranan ibu bapa terhadap anak untuk mewujudkan persekitaran di mana anak-anak anda berasa dihargai, disokong dan disayangi serta peranan ibu dan bapa dalam pembangunan moral anak-anak demi membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni.

Luangkan masa untuk anak-anak anda

Luangkan masa bersama

Menjadi orang dewasa yang bekerja dan juga ibu bapa mungkin memberikan beberapa cabaran dari segi pengurusan masa. Namun, adalah sangat penting untuk tidak mengabaikan peranan anda sebagai ibu bapa untuk mengutamakan masa berkualiti bersama anak-anak supaya mereka tidak pernah berasa tidak penting dan seperti diabaikan. Kanak-kanak yang menghabiskan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga mereka kurang berkemungkinan terlibat dalam tingkah laku yang tidak baik. Menunjukkan kepada anak-anak anda bahawa anda menyayangi dan mengambil berat terhadap mereka membantu memastikan mereka kuat dari segi mental dan emosi. Jika anda mempunyai anak yang ramai, adalah penting untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan setiap seorang daripada mereka, untuk membina hubungan yang lebih sihat dengan semua anak anda dan meningkatkan nilai diri mereka.

Luangkan masa lapang anda untuk melibatkan diri dalam aktiviti tanpa gangguan yang boleh mengeratkan ikatan antara anda dan anak anda. Makan bersama keluarga, bermain permainan bersama, bersenam bersama dan banyak lagi yang berpotensi menjadi blok binaan kepercayaan dan komunikasi. Dengan mendengar secara aktif dan mengambil berat, anda menunjukkan kepada mereka bahawa mereka penting dan anda akan sentiasa berada di sisi untuk menyokong dan membimbing mereka. Anda juga boleh memikirkan cara untuk berkongsi kasih sayang dengan keluarga besar anda, sama ada dengan panggilan video mingguan atau cuti tahunan.

Jadilah teladan yang baik

Jadi teladan kepada anak

Antara tips ibu bapa mendidik anak ialah dengan menjadi teladan yang baik. Kanak-kanak sangat memerhati dan sering meniru tingkah laku dan sikap yang mereka lihat pada ibu bapa mereka. Anda boleh membandingkan mereka dengan span kerana mereka menyerap hampir semua perkara yang terdedah kepada mereka. Sebagai ibu bapa, anda adalah guru pertama anak anda, dan tindakan anda mempunyai impak yang besar daripada perkataan yang anda gunakan. Adalah penting untuk memikirkan cara anda boleh menjadi model yang positif untuk anak anda sebagai persediaan mereka menjadi lebih autonomi dan berdikari pada masa akan datang.

Pemodelan peranan berkaitan dengan hampir semua perkara - daripada cara anda mengendalikan emosi seperti kekecewaan dan kemarahan, cara anda menghormati dan berhubung dengan orang lain, kepada cara anda bertindak balas terhadap tekanan dan menghadapi kesukaran. Ia juga mempengaruhi corak seperti makan, senaman, cara anda menjaga diri anda dan penyelesaian masalah.

Menjadi teladan positif dalam kehidupan anak anda adalah salah satu cara yang paling berpengaruh untuk membentuk nilai dan watak mereka. Dengan menunjukkan empati, kebaikan dan rasa hormat dalam interaksi anda dengan orang lain, anak-anak anda secara semula jadi akan mencontohi kualiti ini juga. Jadilah cermin mereka supaya mereka dapat melihat diri mereka dan berbangga dengan apa yang mereka lihat. Dengan mengamalkan kualiti yang anda ingin tanamkan dalam diri anak-anak anda, anda menjadi cahaya panduan dalam kehidupan mereka

Tunjukkan betapa anda menyayangi mereka

Tunjukkan kasi sayang

Menyatakan kasih dan sayang juga penting dalam memupuk ikatan yang kuat antara ibu bapa dan anak. Anda boleh mulakan dengan menyebut "Saya sayang awak" dengan kerap dan menggunakan kata-kata yang positif untuk meningkatkan rasa harga diri mereka. Ini kelihatan seperti perkara kecil, tetapi bagi anak-anak, ia membuat mereka rasa seperti dihargai jika mendengar ibu bapa mereka menyatakan kasih sayang yang tulus kepada mereka. Ini juga akan mewujudkan persekitaran yang selamat dan memupuk di mana mereka berasa selesa berkongsi fikiran dan emosi mereka tanpa rasa takut untuk dihakimi.

Anda juga boleh menunjukkan kasih sayang dengan mendengar anak anda dan menghargai keperluan, kehendak dan idea mereka. Selain itu, ungkapan kasih sayang secara fizikal, seperti pelukan, ciuman, dapat memberikan rasa selamat. Walau apa pun, terdapat banyak cara untuk menunjukkan kasih sayang anda, dan tindakan yang datang dari hati membawa anak anda ke jalan yang bahagia.

Menghargai kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak anda

menghargai kebaikan anak

Mengiktiraf pencapaian dan usaha anak anda adalah penting untuk harga diri mereka. Raikan pencapaian mereka, walau sekecil mana pun, untuk memupuk rasa bangga dan motivasi. Puji tindakan positif mereka, mengukuhkan keyakinan mereka dan menggalakkan mereka untuk menerima kekuatan mereka. Selain itu, anda harus melibatkan diri secara aktif dalam minat dan hobi mereka sebagai cara menunjukkan kasih sayang, minat dan sokongan yang tulen kepada anak anda. Dengan melihat kebaikan dalam diri anak-anak anda, anda memupuk rasa bangga dan galakan yang akan memperkasakan mereka untuk mencapai potensi penuh mereka.

Berpandukan artikel ini, anda boleh mengasah ilmu dan kemahiran keibubapaan anda. Sentiasa ingat untuk mengiktiraf kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak anda, meluangkan masa untuk mereka dan menjadi teladan yang baik kepada mereka, serta menunjukkan kepada mereka betapa anda menyayangi mereka melalui tindakan kecil. Anda juga boleh melakukannya dengan melindungi mereka melalui Takaful sebagai tanda kasih dan sayang anda kepada mereka. Layari laman web kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan yang kami tawarkan kepada anda!