Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Tips Melakukan Pembelian Atas Talian Yang Terbaik

Tips Melakukan Pembelian Atas Talian Yang Terbaik

Adakah anda suka membuat pembelian talian? Pelajari kaedah dan kelebihan membeli belah atas talian bersama GETB sekarang!

Social Share XF (BM)
Tips Melakukan Pembelian Atas Talian Yang Terbaik

Sale di sana, sale di sini - jom pergi shopping, nak?

Membeli-belah adalah aktiviti yang menyeronokkan dalam kehidupan seharian kita, lebih-lebih lagi di atas talian. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa kaedah berguna yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan nilai terbaik untuk wang anda, mengelakkan pembelian impulsif serta membuat keputusan yang bijak semasa membeli-belah atas talian. Mari kita terokai tips-tips tersebut untuk menjadikan sesi membeli-belah anda lebih menyeronokkan dan produktif!

Semak "rating" dan "review"

 

semak 'rating' dan 'review'

 

 

Pernahkah anda terfikir mengapa ada bintang-bintang dan ulasan untuk barangan yang telah dibeli? Itu adalah penilaian (rating) dan ulasan (review), yang mana pembeli memberikan pendapat tentang barangan yang dibeli selepas barang itu tiba. Setelah menerima barang yang dibeli, pembeli diminta untuk memberi rating dan maklum balas. Maklum balas tersebut harus merangkumi kualiti, kebolehgunaan dan harga barang.

Sebagai seorang pembeli, anda boleh menyemak rating dan reviews terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Tak pasti apa yang perlu disemak? Berikut adalah tips untuk mencari review pembelian atas talian yang terbaik:

  • Cari review yang menyenaraikan kelebihan dan kekurangan produk tersebut.
  • Beri perhatian kepada rating keseluruhan. Rating bintang memberikan gambaran ringkas tentang kepuasan pelanggan.
  • Cari maklum balas yang konsisten. Jika ramai pelanggan menyebut isu atau pujian yang sama, ia berkemungkinan penunjuk prestasi produk yang boleh dipercayai.
  • Lihat maklum balas yang mempunyai gambar atau video. Anda boleh melihat kualiti produk melalui perspektif pelanggan lain.

Bandingkan harga barangan 

 

bandingkan harga barangan

 

Sebelum anda membeli sesuatu, adalah wajar untuk anda mengambil kira tanda harga barang tersebut. Dengan membuat perbandingan harga barangan yang serupa, anda dapat membuat keputusan yang bernas dan berjimat. Anda juga perlu mengambil kira pelbagai aspek barangan tersebut: harga dan kualiti barangan yang mahu dibeli.

Sebagai contoh, anda ingin membeli sehelai baju. Anda perlu mengambil kira harga sehelai baju di kedai X dan bandingkan harga baju yang sama di kedai Y. Dengan teknologi kini, anda juga boleh membandingkan harga barangan menggunakan gambar barangan tersebut. Dengan hanya menangkap layar produk tertentu, anda dapat membuat perbandingan produk yang sama di kedai yang berbeza. Jangan lupa untuk beri keutamaan terhadap bajet anda untuk membuat keputusan yang bijak dalam pembelian. 

Gunakan pelbagai pilihan bayaran 

 

 

Gunakan pelbagai pilihan bayaran

 

Salah satu kebaikan pembelian atas talian adalah terdapat pelbagai pilihan bayaran yang boleh digunakan. Kini, pembelian atas talian adalah jauh lebih mudah berbanding pembelian fizikal. Platform-platform pembelian atas talian kini menawarkan pelbagai pilihan untuk anda. Kaedah pembayaran kebiasaannya adalah melalui kad kredit, debit atau tunai semasa penghantaran (Cash on Delivery). Anda juga boleh menggunakan kupon, promosi dan ganjaran untuk berjimat-cermat.

Jika anda mempunyai bajet yang terhad, anda boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan bayar kemudian atau bayaran ansuran. Walau bagaimanapun, anda disyorkan untuk menggunakan perkhidmatan ini secara berpada-pada untuk mengelakkan hutang yang tertunggak.

Jika anda merancang untuk membuat pembelian yang besar di masa hadapan kelak, anda boleh mula menyimpan dana untuk pembelian tersebut. Aplikasi perkhidmatan wang kini membenarkan anda untuk menyimpan wang di dalam e-dompet. 

Elakkan pembelian impulsif

 

Elakkan membeli secara impulsif

 

Walaupun pembelian secara atas talian menyeronokkan, anda disyorkan untuk mengelakkan membeli secara impulsif. Pembelian impulsif mampu menjurus ke arah kesan serius terhadap bajet anda. Untuk mengelakkan pembelian impulsif, anda perlu menyenaraikan kehendak dan keperluan anda. Penting untuk rancang bajet anda terlebih dahulu supaya anda tidak berbelanja secara berlebihan kelak.

Salah satu kaedah untuk mengatasi pembelian atas talian yang impulsif adalah untuk membeli ketika anda tidak mempunyai emosi negatif. Apabila anda menahan perasaan anda, anda cenderung untuk membelanjakan wang ketika window shopping. Hal ini dapat meninggalkan kesan kepada bajet dan wang simpanan anda. Kekalkan bajet anda dan sebelum anda membuat sebarang pembelian, tanya diri anda, “adakah ini satu kehendak atau keperluan? Adakah saya akan menggunakan produk ini dalam masa terdekat?”. Dari situ, anda dapat memutuskan sama ada pembelian itu berbaloi ataupun tidak.

Dengan mengikuti tips-tips yang telah dikongsikan, anda dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih memuaskan dan bijak. Perlu diingatkan bahawa perancangan yang teliti dan membuat keputusan yang bijak adalah kunci untuk mendapatkan nilai terbaik untuk setiap pembelian anda. Dengan berbekalkan tips ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang dan masa, tetapi juga mengelakkan tekanan yang mungkin timbul akibat pembelian yang kurang tepat. Selamat membeli-belah!