Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.
Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.
Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.
Soalan lazim di bawah akan dikemaskini dengan maklumat lanjut dari masa ke masa.
Semakan Caj Tabarru’ (iaitu pelarasan semula) terutamanya didorong oleh pengalaman tuntutan yang semakin merosot disebabkan oleh peningkatan kos perubatan, peningkatan dalam diagnosis penyakit kronik atau gaya hidup yang membawa kepada kekerapan yang lebih tinggi orang mendapatkan rawatan penjagaan kesihatan, peningkatan dalam yuran doktor atau caj makmal dan rawatan perubatan dan preskripsi ubat yang baharu/lebih maju.
Memandangkan tuntutan dibayar daripada Dana Tabarru’, trend tuntutan yang semakin meningkat telah mengurangkan Dana Tabarru’ dengan ketara dan ia mungkin tidak mencukupi untuk menampung tuntutan masa hadapan. Caj Tabarru’ untuk pelan perubatan yang berkenaan perlu disemak semula untuk memastikan kemampanannya. Tanpa pelaksanaan pelarasan semula, Dana Tabarru’ mungkin akan luput dan kami tidak akan dapat membayar untuk tuntutan masa hadapan.
Takaful adalah berdasarkan konsep Tabarru’ di mana sebahagian daripada caruman yang dikumpul didermakan ke dalam Dana Tabarru’ untuk menyediakan pembayaran tuntutan.
Oleh yang demikian, semua peserta akan terjejas untuk memastikan Dana Tabarru’ dapat dimampankan untuk membayar tuntutan kepada semua peserta. Ini adalah selaras dengan konsep kerjasama untuk membantu satu sama lain apabila berlaku musibah tanpa mengambil kira sama ada anda pernah membuat tuntutan sebelumnya atau tidak.
Ya. Caj Tabarru’ dan caruman adalah tidak dijamin dan tertakluk kepada semakan semula.
Great Eastern Takaful Berhad (GETB) boleh mengubah caj-caj ini dengan memberi notis bertulis awal sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari kepada Anda dan/atau Orang yang Dilindungi seperti yang dinyatakan di bawah Fasal ‘Kebenaran Untuk Mengubah Kadar’ atau Fasal ‘Variasi Caruman, Kadar Tabarru’ dan Caj-caj Lain’ di bawah Sijil anda.
Kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa pada tarikh ulang tahun Sijil anda pada atau selepas 22 Julai 20241.
Contoh 1:
Tarikh Ulang Tahun Seterusnya: 20 Jun 2024.
Kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa pada 20 Jun 2025.
Contoh 2:
Tarikh Ulang Tahun Seterusnya: 27 Ogos 2024.
Kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa pada 27 Ogos 2024.
Contoh 3:
Tarikh Ulang Tahun Seterusnya: 22 Julai 2024.
Kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa pada 22 Julai 2024.
Bagi penguatkuasaan semula pada atau selepas 22 Julai 20241, kadar Tabarru’ yang baharu akan berkuat kuasa serta merta selepas penguatkuasaan semula.
1 Untuk i-Medi Rider di bawah i-Great Evo, kadar Tabbarru' yang baharu akan berkuat kuasa pada tarikh ulang tahun sijil pada atau selepas 1 September 2024.
Kami akan terus menyemak portfolio perubatan kami secara berkala terhadap kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat untuk memastikan Dana Tabarru’ dapat dimampankan untuk jangka masa panjang dan anda boleh menikmati perlindungan perubatan yang berterusan. Anda akan dimaklumkan dengan sewajarnya jika terdapat keperluan untuk sebarang semakan semula pada masa hadapan.
Semakan semula ini hanya dilakukan ke atas Caj Tabarru’. Semua terma dan syarat yang lain di bawah Sijil anda kekal tidak berubah.
Untuk ulang tahun sijil dari 22 Julai hingga 31 Disember 2024
Caruman anda tidak akan terjejas dan akan kekal pada jumlah sebelumnya sehingga anda membalas kepada kami dengan pilihan yang anda inginkan.
Untuk ulang tahun sijil mulai 1 Januari 2025 dan seterusnya
Jika kami tidak menerima sebarang maklum balas mengenai pilihan anda caruman anda akan dinaikkan secara automatik sebanyak minimum RM 50/sebulan atau RM 150/setiap suku tahun atau RM 300/ setiap setengah tahun dan RM 600/ setiap tahun.
Sebagai contoh:
Caruman bulanan semasa
RM 200
Caruman tambahan yang dicadangkan
RM 80
Tiada maklum balas diterima sebalum ulang tahun sijil
Caruman bulanan pada tarikh ulang tahun seterusnya
RM 200 + RM 50
= RM 250
Jika terdapat caruman tertunggak atau top up sedia ada pada sijil, tarikh penguatkuasaan untuk kenaikan auto adalah pada tarikh caruman berikutnya.
Caruman tambahan / tambah-nilai adalah penting untuk menampung peningkatan kadar Tabarru’ yang ditolak di bawah pelan(-pelan) perubatan anda.
Sekiranya anda tidak membayar caruman tambahan atau tidak melaksanakan tambah-nilai caruman kepada Sijil anda selepas semakan semula ini, kemungkinan Sijil anda akan luput lebih awal dari yang dijangka dan perlindungan perubatan anda tidak lagi berkuat kuasa.
*Bagi i-Medik Asas dan i-Great Medi Care, kenaikan caruman adalah wajib semasa ulang tahun Sijil selepas 22 Julai 2024.
Ya, anda boleh meningkatkan caruman anda dengan sebarang jumlah yang tertakluk kepada jumlah minimum RM 50 (bulanan).
Walau bagaimanapun, kami sangat menggalakkan anda untuk membayar sekurang-kurangnya caruman tambah-nilai yang disarankan supaya Jumlah Akaun Sijil anda [iaitu Jumlah Nilai Akaun (TAV) atau Jumlah Akaun Individu Peserta (PIA)] akan mencukupi untuk membayar Caj Tabarru’ yang lebih tinggi. Selanjutnya, sijil anda akan luput apabila TAV atau PIA tidak lagi mencukupi dan perlindungan perubatan anda tidak lagi berkuat kuasa.
*Bagi i-Medik Asas dan i-Great Medi Care, kenaikan caruman adalah wajib semasa ulang tahun Sijil selepas 22 Julai 2024.
Untuk ulang tahun sijil dari 22 Julai .sehingga 31 Disember 2024
Caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan adalah pilihan dan boleh ditingkatkan pada bila-bila masa, walau bagaimanapun adalah dinasihatkan untuk meningkatkan jumlah caruman secepat mungkin, sebagai contoh pada tarikh ulang tahun yang seterusnya setelah anda menerima pek komunikasi daripada kami.
Untuk ulang tahun sijil mulai 1 Januari 2025 dan seterusnya
Jika tiada tindakan diambil sebelum tarikh ulang tahun sijil anda, kenaikan sebanyak RM 50/bulanan, RM 150/ setiap suku tahun, RM 300/ setiap setengah tahun atau RM 600/tahunan, akan berkuat kuasa pada ulang tahun sijil anda, atau pada tarikh caruman berikutnya jika terdapat caruman tertunggak. Ini adalah penting untuk memastikan kelestarian dana Tabarru’ agar semua peserta dapat menikmati perlindungan yang berterusan.
*Bagi i-Medik Asas dan i-Great Medi Care, kenaikan caruman adalah wajib semasa ulang tahun Sijil selepas 22 Julai 2024.
Nilai tunai / nilai akaun berkemungkinan akan meningkat dengan pembayaran caruman tambahan / tambah-nilai yang disarankan pada tahun-tahun awal, namun, kenaikan dalam nilai tunai / nilai akaun akan berkurangan pada tahun-tahun kemudian kerana penolakan Tabarru’ yang akan datang akan meningkat sepanjang tahun mengikut umur anda.
Sebagai contoh yang berikut Lelaki, Bukan Perokok, ANB 30, Pelan 150 Matang pada umur 80, Caruman bulanan RM 165.25
Cadangan Kenaikan Caruman : RM 70
Jumlah caruman yang baharu: RM 235.25
Daripada ilustrasi, dapat kita lihat nilai tunai akan meningkat dari tahun ke tahun, tetapi pada masa tertentu ia akan menurun kerana jumlah Tabarru’ yang perlu ditolak akan menjadi lebih tinggi dari tahun ke tahun. Unjuran ini adalah berdasarkan pulangan pelaburan sebanyak 5% setiap tahun. Pulangan pelaburan sebenar adalah berdasarkan prestasi Syarikat.
Caruman yang diketepikan di bawah Sijil semasa anda tidak menggambarkan kadar Tabarru’ yang telah disemak semula pada Tarikh berkuat kuasa pelarasan semula dan mungkin tidak mencukupi untuk menampung penolakan Tabarru’ pada masa hadapan. Oleh itu, anda sangat disarankan untuk membayar caruman tambahan / tambah nilai untuk memastikan kemampanan Sijil anda sehingga matang.
Semakan semula kadar Tabarru’ melibatkan semua peserta dalam Dana Tabarru’ untuk memastikan keadilan dari segi Tabarru’ yang dikenakan tanpa mengambil kira status Sijil.
Untuk menampung kenaikan caruman, berikut adalah beberapa langkah yang diperlukan dari anda selepas anda menghantar slip jawapan – Borang Kebenaran.
Cara Pembayaran Caruman
Langkah Diperlukan
Kad Kredit/ Kad Debit
Kad kredit/ debit anda akan dibilkan mengikut jumlah caruman yang disemak semula. Sila hubungi bank pengeluar kad anda untuk memastikan bahawa had pengeluaran harian kad membolehkan potongan caruman.
Bank’s Order
Sila berhubung dengan bank pilhan anda untuk meneruskan pembayaran jumlah caruman yang disemak semula.
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
Jika jumlah kenaikan caruman melebihi RM 50.00, anda dikehendaki menghantar salinan sah slip gaji pencarum yang terkini kepada kami untuk menukar jumlah potongan BPA anda.
Ia akan mengambil masa kira-kira 2 bulan untuk mendapatkan kelulusan daripada BPA untuk potongan caruman. Jika sijil anda mempunyai bayaran caruman tertunggak sebelum jumlah potongan BPA baru berkuat kuasa, anda boleh membuat potongan pembayaran caruman melalui JomPAY. Untuk pembayaran JomPAY, sila rujuk jadual penyelesaian pembayaran “Tunai / Cek” di bawah.
Direct Debit Authorisation (DDA)
Sila serahkan borang DDA salinan cetak yang lengkap kepada kami bersama-sama dengan bayaran untuk caruman pendahuluan 2 bulan. Ia akan mengambil masa kira-kira 2 bulan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak bank. Anda boleh membuat pembayaran caruman pendahuluan melalui JomPAY. Untuk pembayaran JomPAY, sila rujuk jadual penyelesaian pembayaran “Tunai / Cek” di bawah.
Borang DDA tersedia untuk dimuat turun di laman sesawang korporat kami di: Dapatkan Bantuan > Khidmat Pelanggan > Borang Kebenaran Direct Debit (DDA)
GIRO
Sila serahkan borang GIRO salinan cetak yang lengkap kepada kami bersama-sama dengan bayaran untuk caruman pendahuluan 2 bulan. Anda boleh membuat pembayaran caruman pendahuluan melalui JomPAY. Untuk pembayaran JomPAY, sila rujuk jadual penyelesaian pembayaran “Tunai / Cek” di bawah.
Borang GIRO boleh didapati daripada bank-bank yang mengambil bahagian dan mesti disahkan dan diluluskan oleh bank sebelum diserahkan kepada Great Eastern Takaful Berhad.
Tunai/Cek
Memandangkan Kami tidak lagi menerima bayaran tunai / cek, anda dinasihatkan untuk meneruskan pembayaran melalui JomPAY.
Anda boleh merujuk kepada langkah dibawah untuk pembayaran melalui JomPAY:
Langkah 1: Log masuk ke Internet atau Perbankan Mudah Alih dan cari JomPay
Langkah 2: Masukkan 16899 dalam medan Kod Biller untuk GREAT EASTERN TAKAFUL - FAMILY
Langkah 3: Masukan Nombor Sijil 10 digit anda dalam medan "Ruj-1"
Langkah 4: Masukkan Nombor Telefon Bimbit dalam medan "Ruj-2"
Langkah 5: Masukkan Amaun Pembayaran anda
Langkah 6: Sahkan dan Bayar
Sebagai alternatif, anda mungkin ingin menukar cara pembayaran caruman kepada kad kredit/debit untuk proses pembayaran yang lancar melalui platform layan diri kami (i-Get In Touch).
Anda dinasihatkan untuk memantau status pembayaran caruman anda melalui platform layan diri kami (i-Get In Touch) seperti dalam panduan yang disediakan dalam pautan di bawah untuk memastikan semua caruman yang dibayar adalah terkini.