JomPAY

JomPAY ialah skim pembayaran bil nasional Malaysia yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), di bawah naungan Bank Negara Malaysia.

Dengan JomPAY, anda boleh membayar caruman sijil anda atau pembayaran berkaitan sijil lain menggunakan Akaun Simpanan atau Semasa atau Kad Kredit anda. JomPAY boleh didapati melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih atau Mesin Juruwang Automatik (ATM).

You may make payments by following the simple steps as shown below:

Langkah 1 Log masuk ke Internet atau Perbankan Mudah Alih dan cari JomPAY
Langkah 2 Masukkan 16899 dalam medan Kod Biller untuk GREAT EASTERN TAKAFUL - FAMILY
Langkah 3 Masukkan Nombor Sijil 10-digit anda dalam "Ref-1
Langkah 4

Untuk Bayaran Caruman Pertama/Pembaharuan, Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda dalam "Ref-2"

Untuk Pembayaran Berkaitan Sijil Lain, sila rujuk Soalan Lazim di bawah dan contoh Ref-2

Langkah 5 Masukkan Amaun Pembayaran anda
Langkah 6 Sahkan dan Bayar

Berkuatkuasa mulai 1 Februari 2022, anda boleh membayar pembayaran berkaitan sijil lain melalui JomPAY dengan penunjuk Ref-2. Untuk memastikan pembayaran anda dikemas kini dengan segera ke dalam sijil anda, sila rujuk panduan dan contoh di bawah.

Jenis Pembayaran
Format untuk Ref-2
Contoh untuk Ref-2
Bayaran Caruman Pertama/Pembaharuan
<Nombor telefon bimbit>
0123456789
Penambahan Caruman Tunggal (STCU)
<SCTU><Ruang><Nombor telefon bimbit> SCTU 0123456789
Perubahan Sijil (ALTER)
<ALTER><Ruang><Nombor telefon bimbit> ALTER 0123456789
Penguatkuasaan Semula Sijil (REVIVAL)
<REVIVAL><Ruang><Nombor telefon bimbit> REVIVAL 0123456789

Nota: Nombor telefon bimbit 0121234567 adalah untuk ilustrasi sahaja.

NOTA PENTING:

Sila rujuk di bawah untuk dokumen yang perlu dihantar melalui e-mel kepada i-greatcare@greateasterntakaful.com selepas pembayaran dibuat seperti di bawah:

  • Penambahan Caruman Tunggal – Pelan-pelan Berkaitan Pelaburan: Borang Permohonan Untuk Pemindaan
  • Perubahan Sijil– Salinan surat yang dikeluarkan oleh Pengendali Takaful meminta bayaran
  • Penguatkuasaan Semula Sijil– Waranti Kesihatan (jika berkenaan)

Untuk senarai bank yang mengambil bahagian, sila rujuk http://www.jompay.com.my.

Ya. Walau bagaimanapun, anda perlu berhubung dan menguruskan dengan bank anda.

Anda perlu berhubung dan menguruskan dengan bank anda.