Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Pemindahan pemilikan

Sijil Juvana:
Orang yang dilindungi adalah kanak-kanak dan pemilik sijil yang telah meninggal dunia atau bercerai boleh digantikan dengan pemilik sijil baru (ibu bapa kandung) atau penjaga yang dilantik oleh mahkamah. Sekiranya sijil tidak mempunyai "waiver" (CBP), kemasukan "rider" akan tertakluk kepada penilaian perubatan.

Sijil Pasangan:
Orang yang dilindungi boleh menjadi pemilik sijil baru di mana pasangan yang merupakan pemilik sijil telah meninggal dunia atau bercerai.

Sijil Orang Utama (Sijil Keyman):
Majikan yang merupakan pemilik sijil awal bersetuju untuk memindahkan pemilikan kepada orang yang dilindungi sebagai pemilik sijil baru.

Dokumen yang diperlukan:

a) Borang akuan berkanun (SD2) yang lengkap dan ditandatangani oleh pemilik sijil sedia ada dan pemilik sijil baru. SD2 mesti dicop dengan duti setem RM10 dan ditandatangani serta disaksikan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

b) Borang pengisytiharan oleh peserta baru mengenai borang pertukaran pemilikan

c) Salinan jelas NRIC pemilik sijil baru/salinan biometrik atau salinan jelas pasport yang sah diperlukan.

d) Bukti hubungan antara pemilik sijil dan pemilik sijil baru. Contoh: Sijil Perceraian (Surat Perakuan Cerai).

e) Bukti hubungan antara pemilik sijil baru dan kanak-kanak/orang yang dilindungi. Contoh: Sijil Kelahiran, penjaga sah yang dilantik oleh mahkamah atau sijil anak angkat sah (terpakai untuk sijil kanak-kanak).

f) Borang penyataan pengisytiharan residensi cukai (individu) untuk pemilik sijil baru.

g) Borang bagi perubahan kontrak jika sijil mempunyai pelepasan "rider" untuk pemilik sijil sedia ada.

a) Borang pengisytiharan peserta baru atas kematian pemilik sijil.

b) Salinan jelas NRIC pemilik sijil baru/salinan biometrik atau salinan jelas pasport yang sah diperlukan.

c) Sijil kematian pemilik sijil yang meninggal dunia.

d) Bukti hubungan antara si mati dan pemilik sijil baru. Contoh: Sijil Perkahwinan.

e) Borang penyataan pengisytiharan residensi cukai (individu) untuk pemilik sijil baru.

f) Bukti hubungan antara pemilik sijil dan pemilik sijil baru. Contoh: Sijil Kelahiran (Surat Beranak) atau Sijil Anak Angkat.

a) Borang akuan berkanun (SD1) yang lengkap dan ditandatangani oleh pemilik sijil baru iaitu orang yang dilindungi. SD1 mesti dicop dengan duti setem RM10 dan ditandatangani serta disaksikan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

b) Surat rasmi syarikat yang memaklumkan mengenai pelepasan pemilikan sijil kepada orang yang dilindungi. Surat mesti ditulis di atas surat rasmi syarikat diatas "letterhead" syarikat dan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa oleh syarikat serta dicop dengan cop syarikat.

c) Salinan jelas NRIC pemilik sijil baru/salinan biometrik atau salinan jelas pasport yang sah diperlukan.

d) Borang penyataan pengisytiharan residensi cukai (individu) untuk pemilik sijil baru.

a) Borang pengisytiharan oleh peserta baharu mengenai borang pertukaran pemilikan.

b) Borang akuan berkanun (SD2) yang lengkap dan ditandatangani oleh pemilik sijil sedia ada dan pemilik sijil baru. SD2 mesti dicop dengan duti setem RM10 dan ditandatangani serta disaksikan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

c) Salinan jelas NRIC pemilik sijil baru/salinan biometrik atau salinan jelas pasport yang sah diperlukan.

d) Bukti hubungan antara pemilik sijil dan pemilik sijil baru. Contoh: Sijil Perceraian (Surat Perakuan Cerai).

e) Borang penyataan pengisytiharan residensi cukai (individu) untuk pemilik sijil baharu.

a) Borang pengisytiharan peserta baru atas kematian pemilik sijil.

b) Salinan jelas NRIC pemilik sijil baru/salinan biometrik atau salinan jelas pasport yang sah diperlukan.

c) Sijil kematian pemilik sijil yang meninggal dunia.

d) Bukti hubungan antara si mati dan pemilik sijil baru. Contoh: Sijil Perkahwinan.

e) Borang penyataan pengisytiharan residensi cukai (individu) untuk pemilik sijil baru.