Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Pendidikan (GET-Pintar)

Inisiatif GET-Pintar menitikberatkan aspek pendidikan sebagai aset untuk membantu meningkatkan taraf hidup serta kebolehcapaian individu. Program-program di bawah teras ini bermatlamat untuk meningkatkan akses pendidikan yang berkualiti melalui pembangunan kemahiran, latihan vokasional dan teknologi pendidikan dalam kalangan para pelajar sekolah rendah, menengah mahupun di peringkat institut pengajian tinggi.

Memupuk Harapan: Great Eastern Takaful Raikan Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak
Memupuk Harapan: Great Eastern Takaful Raikan Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak

Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak yang disambut setiap tahun pada bulan September, matlamat untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser kanak-kanak serta cabaran yang dihadapi oleh anak-anak yang berjuang melawan kanser di samping memberi sokongan kepada keluarga mereka perlu lebih diperkukuh.

Dengan misi yang sama, Great Eastern Takaful melalui inisiatif GET-Pintar sekali lagi menyantuni seramai 60 wira-wira kecil dari Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS) dengan menaja lawatan sambil belajar mereka ke Putrajaya.

Pelbagai program telah dijalankan termasuk lawatan ke pusat Nasyrul Quran yang mana mereka berpeluang melihat secara langsung proses penghasilan Al-Quran dilakukan dengan teliti. Lawatan ini diakhiri dengan pelayaran santai di Tasik Putrajaya, di mana kanak-kanak dan keluarga mereka dapat menikmati pemandangan indah, sambil mencipta kenangan yang penuh bermakna bersama-sama.

Great Eastern Takaful akan terus mengukuhkan komitmen dalam memberi impak positif kepada masyarakat dan membantu golongan yang memerlukan. Selain itu, kami juga berharap program ini dapat memberikan senyuman dan kegembiraan kepada kanak-kanak berani ini, dan meningkatkan motivasi diri dalam melalui detik-detik mencabar dalam hidup mereka. 

Great Eastern Takaful Menganjurkan Program Kembali ke Sekolah
Great Eastern Takaful Menganjurkan Program Kembali ke Sekolah

Great Eastern Takaful telah menganjurkan program Kembali ke Sekolah untuk para pelajar SK Taman Kosas, Ampang pada 15 Mac 2024. Dengan komitmen untuk membantu mereka yang memerlukan, kami melancarkan inisiatif ini untuk membantu 100 pelajar yang kurang bernasib baik dengan menyediakan keperluan sekolah seperti pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, tudung, dan beg sekolah.

Pendidikan adalah asas bagi masa hadapan yang lebih cerah, dan Great Eastern Takaful yakin bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dalam apa jua keadaan. Melalui program Kembali ke Sekolah ini, Great Eastern Takaful ingin membantu untuk mengurangkan beban beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dan memastikan para pelajar mempunyai keperluan pembelajaran yang mencukupi untuk berjaya dalam bidang akademik.

Berpegang teguh kepada prinsip untuk membantu mereka yang memerlukan, Great Eastern Takaful percaya bahawa pendidikan adalah hak asasi semua kanak-kanak. Melalui inisiatif ini, kami berhasrat mencapai kejayaan dan melakukan perubahan bermakna dalam kehidupan mereka serta menyerlahkan potensi kepada mereka dalam mengejar impian.

Penglipur lara diserikan Tuanku
Penglipur lara diserikan Tuanku

Kanak-kanak Kampung Orang Asli Sungai Gabong telah menerima kunjungan kehormat apabila Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim telah berkenan berangkat menyaksikan pertandingan bercerita yang merupakan program khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial korporat Great Eastern Takaful di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun pada 7 September 2019.

Seramai 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kanak-kanak dan kakitangan Great Eastern Takaful turut berada di pertandingan bercerita tersebut yang disertai 11 kanak-kanak berumur 8 hingga 16 tahun berasal daripada komuniti Orang Asli.

Ada peserta yang malu-malu, ada yang berani dan ekspresif, ada yang menghias muka dengan lukisan, ada juga yang berhias dengan bulu pelepah dan sayap untuk mendalami watak yang diceritakan. Semua kanak-kanak berjaya memikat dan mencuit hati para hadirin yang ketawa pada beberapa waktu tertentu sepanjang pertandingan.

Turut hadir memeriahkan program khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial ini ialah para juri yang dihormati – Ketua Pembelajaran & Biasiswa Yayasan Hasanah, Dr Nur Anuar Abdul Muthalib, Penyunting Berita New Straits Times, Faridul Anwar Farinordin dan Ketua Penjenamaan & Komunikasi Pemasaran GETB, Tengku Sheila Tengku Azib.

Pemenang bagi pertandingan bercerita kategori sekolah rendah ialah adik Nur Syazwanis Safia binti Abdul Rahman, 8 dari SK Sulaiman yang menceritakan tentang “Bangau menipu Ikan” dengan penuh keyakinan dan ekspresi.

Manakala Haslinna a/p Zaili yang berumur 14 tahun dari SMK Khai Mun telah menang bagi kategori sekolah menengah bagi penceritaannya berkenaan “Semut dan Merpati”.

Setelah tamat pertandingan bercerita, para wanita telah dijemput ke bengkel pemerkasaan diri, di mana mereka diajar untuk menjahit sulaman pada beg jut. Perancangan jangka panjang bagi program khidmat komuniti dan tanggungjawab sosial ini adalah untuk membantu wanita-wanita Kampung Orang Asli Sungai Gabong menjana sedikit duit poket daripada peluang perniagaan ini.

Pihak kami benar-benar komited dalam membantu mereka yang memerlukan panduan ke arah kestabilan ekonomi demi kemajuan negara bersama. Hal ini menepati tujuan kami iaitu, Saling Membantu Mereka Yang Memerlukan. Kerana Kita Boleh.