1. Ketahui Soalan Lazim terkini mengenai langkah interim penetapan semula harga pelan perubatan.
 

2. Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

3. Pergantungan Sementara Permohonan Kebenaran Direct Debit (DDA) Baharu

Dimaklumkan bahawa permohonan baharu untuk Kebenaran Direct Debit (DDA) akan ditangguhkan sementara bermula 16 Januari 2025 sehingga diberitahu kelak. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

4. Pindaan Waktu Operasi Sepanjang Bulan Ramadan

Dimaklumkan bahawa waktu operasi Pusat Khidmat Pelanggan di Tingkat 3, Ibu Pejabat dan Pusat Panggilan Pelanggan kami akan dipinda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Anugerah, penghargaan dan pencapaian Great Eastern Takaful

Sepanjang tahun-tahun yang lalu, Great Eastern Takaful telah menerima penghormatan dengan pelbagai anugerah dan penghargaan yang diberikan kepada kami melalui ketabahan, semangat, dan komitmen yang ditunjukkan oleh perunding takaful, warga kerja, dan seluruh organisasi kami. 

Mencapai KEJAYAAN: Great Eastern Takaful Raikan Tiga Kemenangan Anugerah Kecemerlangan HR
Mencapai KEJAYAAN: Great Eastern Takaful Raikan Tiga Kemenangan Anugerah Kecemerlangan HR

Great Eastern Takaful terus Mencapai Kejayaan dengan meraih 3 anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan HR 2024 yang telah dianjurkan oleh Human Resources Online. Dinobatkan sebagai ‘Best HR Team (SME)' dan memenangi tempat pertama bagi kategori ‘Excellence in Workforce Flexibility’ serta tempat kedua bagi kategori ‘Excellence in Cross-Generational Workforce Engagement’, pencapaian ini amat bermakna buat seluruh warga kerja Great Eastern Takaful.

Anugerah Inisiatif - Malaysia oleh Anugerah ESGBusiness 2024
Anugerah Inisiatif - Malaysia oleh Anugerah ESGBusiness 2024

Great Eastern Takaful menerima penganugerahan Anugerah Inisiatif - Malaysia untuk Program Upcycling di ESGBusiness Awards 2024 yang diadakan di Singapura.

Anugerah ESGBusiness meraikan organisasi yang menerajui langkah ke arah masa hadapan lestari, sekaligus mengiktirafkan mereka yang membuktikan kepimpinan cemerlang dalam sektor alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG). Pengiktirafan berprestij ini adalah lambang dedikasi dan usaha gigih seluruh pasukan Great Eastern Takaful dalam merangka penyelesaian takaful yang inovatif serta menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik dalam mempromosikan kelestarian.

Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik 2024 oleh GIFA
Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik 2024 oleh GIFA

Great Eastern Takaful sekali lagi dianugerahkan sebagai Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA).

GIFA merupakan satu platform berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan dalam industri kewangan global, meraikan institusi dan individu yang telah menyumbang dalam sektor kewangan Islam. Anugerah ini mencerminkan komitmen teguh Great Eastern Takaful dalam menyediakan perlindungan takaful terbaik dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan serta komuniti, sambil memperkukuh dedikasi syarikat ke arah kecemerlangan dan inovasi dalam industri.

Anugerah Majikan Terbaik Kincentric 2023
Anugerah Majikan Terbaik Kincentric 2023

Great Eastern Takaful Berhad (GETB), selaku pengendali takaful keluarga telah mencatatkan kejayaan baharu melalui penganugerahan Majikan Terbaik Kincentric 2023.

Diperkukuhkan dengan data terkumpul selama 20 tahun berkenaan pengalaman pekerja, anugerah Majikan Terbaik Kincentric mengiktiraf organisasi terkemuka di peringkat antarabangsa. berdasarkan penanda aras yang paling objektif yang ada, iaitu pendapat para pekerja. Kelainan yang dibawakan oleh anugerah ini adalah  dengan menekankan faktor-faktor penting untuk meningkatkan penglibatan pekerja, memupuk kecekapan, menyerlahkan  kepemimpinan, dan mengekalkan fokus terhadap bakat pekerja. 

Takaful Star Awards 2023
Takaful Star Awards 2023

MTA mengiktiraf kecemerlangan Great Eastern Takaful dengan 7 anugerah berprestij.

Di bawah kategori Perniagaan Takaful Keluarga Individu, GETB dianugerahkan Top Agency Manager Group dan Quality Business Award (Leader) manakala bagi kategori Perniagaan Takaful Keluarga Berkelompok, GETB menerima 2 anugerah iaitu Top Group Business Producer (Individual Agent/Sole Proprietor) dan Top Group Corporate Agency di samping 3 anugerah di bawah kategori khas iaitu Member Companies Top Agency/Agent/Intermediaries, Value-Based Intermediation for Takaful Award, dan Rising Takaful Leader.

Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik 2023
Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik 2023

Great Eastern Takaful telah dianugerahkan sebagai Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik 2023 Global Islamic Finance Awards (GIFA) 2023.

GIFA merupakan satu anugerah kewangan islamik paling berprestij di peringkat antarabangsa. Ia mengiktiraf badan kerajaan, institusi dan individu yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam industri, yang turut menyumbang kepada kemampanan kewangan dan perbankan islam dalam struktur kewangan global.