Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

3 teknik & cara berkesan selesaikan hutang

3 teknik & cara berkesan selesaikan hutang

Hutang jika dirancang dengan baik, mampu membantu anda. Sebaliknya, ia akan membebankan anda jikalau tersilap langkah disebabkan terlebih belanja atau membeli sesuatu yang diluar kemampuan. Ketahui teknik-teknik berikut bagi memudahkan pengurusan hutang anda.

Social Share XF (BM)
3 teknik & cara berkesan selesaikan hutang

Hutang jika dirancang dengan baik mampu membantu anda. Tetapi, ia akan membebankan anda jika tersilap langkah, mungkin disebabkan terlebih belanja atau membeli sesuatu yang di luar kemampuan anda.

Apabila hutang sudah mula menyerabutkan kepala, mahu atau tidak, anda perlu berusaha untuk menyelesaikan masalah hutang tersebut. Selain daripada menambah pendapatan, terdapat beberapa teknik yang anda boleh gunakan untuk menyelesaikan hutang. Mari lihat apakah teknik-teknik tersebut.

1. Teknik avalanche

Anda langsaikan dahulu hutang-hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi seperti kad kredit dan hutang peribadi. Avalanche adalah teknik paling efisyen dan jimat dari sudut kira-kira. Jimat di sini bermaksud anda dapat kurangkan bayaran faedah yang tinggi.

Bagaimana caranya?

Pertama, senaraikan kesemua hutang anda beserta jumlah dan kadar faedah. Seterusnya, gunakan lebihan tunai setiap bulan untuk selesaikan hutang dengan kadar faedah paling tinggi terlebih dahulu dan dalam masa yang sama, bayar minimum sahaja bagi hutang-hutang yang lain.

Sebagai contoh, katakan anda memiliki 3 hutang seperti berikut:

  • Kad kredit 1 dengan baki hutang RM2,000 dan kadar faedah 15%
  • Kad kredit 2 dengan baki hutang RM1,000 dan kadar faedah 10%
  • Kereta dengan baki hutang RM15,000 dan kadar faedah 3%

Anda perlu selesaikan dahulu hutang kad kredit 1. Untuk kad kredit 2 anda hanya perlu membayar minimum sahaja dahulu dan bayar seperti biasa bagi hutang kereta. Jika kad kredit 1 sudah berjaya dilangsaikan, fokus pula untuk selesaikan kad kredit 2 dan akhir sekali hutang kereta.

Teknik berkesan menyelesaikan masalah hutang dengan cepat

2. Penyatuan hutang

Penyatuan hutang bermaksud anda membuat hutang baharu untuk membayar kesemua hutang-hutang sedia ada. Hutang-hutang kecil digabungkan di bawah satu hutang baharu yang mana kebiasaannya hutang baharu itu menawarkan kadar faedah atau bayaran bulanan yang lebih rendah.

Kelebihan teknik ini adalah anda tidak perlu pening kepala untuk membayar hutang di banyak tempat. Fokus pada satu bayaran sahaja.

Selain itu, dengan mengambil hutang baharu dengan tempoh bayaran yang lebih panjang akan menjadikan bayaran bulanan lebih rendah. Contohnya, sebelum ini anda sepatutnya perlu membayar RM1,000 sebulan untuk kesemua hutang anda. Selepas penyatuan hutang, anda hanya perlu membayar RM600 sahaja sebulan. Teknik ini sangat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai masalah aliran tunai.

Di Malaysia, terdapat sesetengah bank yang menawarkan produk khusus bagi tujuan penyatuan hutang.

3. Teknik bebola salji (snowball)

Teknik ini memberi fokus kepada penyelesaian hutang yang paling kecil dahulu sehingga yang paling besar. Jika kita menggunakan contoh yang sama seperti di atas, kad kredit 2 yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, kemudian barulah kad kredit 1 dan akhir sekali hutang kereta.

Teknik ini tidak mengutamakan keuntungan dari segi matematik, tetapi ianya lebih kepada psikologi manusia. Kejayaan menyelesaikan hutang akan memberikan anda semangat dan momentum untuk menyelesaikan hutang yang seterusnya. Oleh sebab itu, anda perlu menyelesaikan hutang dengan baki terendah dahulu tanpa menghiraukan berapa kadar faedah bagi setiap hutang.

Jika anda fokus pada penyelesaian hutang yang besar dahulu, anda nampak pengurangan yang lambat. Anda lebih mudah untuk hilang motivasi. Berbeza jika anda membayar hutang kecil dahulu, dalam tempoh masa yang singkat, anda sudah boleh nampak perubahan bakinya. Anda rasa berjaya dan bersemangat. Kemudian anda berusaha pula menyelesaikan hutang kedua dan seterusnya sehinggalah semua hutang anda berjaya dilangsaikan.

Strategi berkesan menyelesaikan hutang dengan teknik bebola salji (snowball)

Anda boleh pilih salah satu daripada teknik yang telah dijelaskan di atas. Setiap satu ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Pilihlah teknik yang paling sesuai dan berkesan dengan situasi semasa anda.

Satu perkara anda perlu tahu, hutang masih perlu dilangsaikan walaupun kita sudah meninggal dunia. Bukan harta sahaja diwarisi, tetapi hutang juga turut diwarisi. Rancanglah kewangan anda sebaiknya supaya kita tidak membebankan waris di masa hadapan sekiranya perkara tidak diingini berlaku kepada anda.

Bagi hutang rumah, anda mungkin tidak perlu risau kerana sudah diambil bersama dengan takaful. Hutang kereta juga ada sesetengah disertakan dengan takaful. Tetapi bagaimana pula dengan hutang-hutang lain? Anda boleh sertai takaful tambahan untuk melindungi hutang-hutang ini. Masukkan sekali jumlah hutang dalam pengiraan manfaat kematian takaful anda.