Kenaikan harga barangan : Apa yang boleh kita lakukan?
20 tahun lepas RM50 sahaja sudah penuh satu troli apabila membeli barang dapur. Tetapi sekarang, dengan RM50 yang sama, seseorang pengguna hanya mampu mendapatkan tiga ke lima barang sahaja.
20 tahun lepas RM50 sahaja sudah penuh satu troli apabila membeli barang dapur. Tetapi sekarang, dengan RM50 yang sama, seseorang pengguna hanya mampu mendapatkan tiga ke lima barang sahaja. Dapat lah beli beras tempatan 10 kg, minyak masak paket satu, telur 10 biji, tepung 1kg dan gula 1kg.
Inilah yang dipanggil sebagai inflasi, atau dalam bahasa mudahnya, peningkatan harga barang. Ia adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan oleh mana-mana negara di ceruk dunia sekalipun.
Inflasi adalah satu proses yang normal dalam ekonomi sesebuah negara. Namun, apabila inflasi meningkat dalam keadaan yang tidak terkawal seperti mana yang berlaku sejak awal tahun 2023, ia mula menjadi beban kepada kita semua.
Kenapa harga barang naik mendadak?
Isu kenaikan harga barang adalah satu isu yang kompleks kerana ia melibatkan banyak pihak. Kita ambil contoh kenaikan harga beras:
90% daripada jumlah beras yang berada di pasaran adalah beras putih dan baki 10% lagi adalah beras wangi, beras pulut dan juga basmati. Bagi beras putih pula, majoriti yang dijual dalam pasaran adalah beras tempatan.
Bagi beras tempatan, harganya dikawal oleh kerajaan pada kadar RM2.60 sekilo dan tiada kawalan harga bagi beras import. Sebelum ini, harga beras tempatan dan beras import tidak jauh bezanya, sekitar RM5 sahaja
Namun, disebabkan isu global seperti India yang menghentikan export ke negara luar kerana ingin memastikan bekalan yang cukup kepada rakyatnya dan Thailand yang menaikkan harga beras lebih 50%, beras import kini dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding beras tempatan.
Kenaikan harga beras import menyebabkan rakyat Malaysia beralih kepada beras tempatan dan menyebabkan bekalan beras tempatan tidak mencukupi.
Selain itu, kenaikan nilai tukaran Ringgit juga menjadi punca kepada kenaikan harga barang.
Kita ambil contoh harga ayam. Walaupun ayam diternak di dalam negara, tetapi disebabkan bahan dedak seperti soya dan jagung diimport dari Argentina dan Brazil, harga dedak akan meningkat apabila Ringgit semakin melemah.
Krisis inflasi ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah hampir semua negara di dunia terkesan disebabkan perubahan iklim global, kesan jangka panjang Covid-19 dan keadaan geopolitik yang tidak menentu.
Sebagai contoh, negara-negara Eropah berdepan dengan krisis tenaga yang mana harga minyak dan elektrik naik dengan mendadak.
Apa yang boleh kita lakukan?
Apa yang berlaku dalam ekonomi dunia dan ekonomi negara adalah di luar kawalan kita. Kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk merubahnya. Ya, sudah pasti kerajaan telah menyediakan pelan tindakan mereka untuk meredakan kenaikan harga barang, jadi tidak perlulah kita terlalu fokus atau mempersoalkan tindakan kerajaan dalam menangani isu ini.
Sebaliknya, adalah lebih baik untuk kita fokus kepada apa yang berada dalam kawalan kita iaitu ekonomi peribadi. Berikut adalah tips atau cara-cara untuk menguruskan kewangan di zaman inflasi:
1. Pembelian secara pukal.
Bagi barangan yang mempunyai jangka hayat yang lama seperti lampin pakai buang, susu anak dan barang kebersihan diri, anda boleh pertimbangkan untuk membelinya dalam kuantiti yang besar untuk mendapatkan penjimatan lebih tinggi dan seterusnya mengurangkan belanja bulanan anda.
2. Membuat senarai pembelian sebelum ke pasar raya.
Sebelum anda keluar untuk membeli barang dapur, sebaiknya sediakan dahulu senarai barangan yang ingin dibeli bagi mengelakkan anda membeli barangan yang tidak perlu semasa di pasar raya. Lebih baik lagi jika anda boleh membuat tinjauan promosi terlebih dahulu untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak. Anda boleh menggunakan aplikasi seperti aplikasi KitaJaga dan Hargapedia untuk membuat perbandingan harga.
3. Kurangkan makan di luar.
Jika sebelum ini anda sering makan di luar semasa di pejabat, mungkin anda boleh cuba untuk membawa bekal pula. Cukup dengan satu jenis lauk dan sayur untuk setiap hidangan. Untuk menjimatkan masa dan tenaga anda boleh masak bekalan untuk seminggu di hujung minggu dan bekukan. Setiap hari anda hanya perlu panaskan sahaja.
4. Amalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.
Ada yang salah anggap bahawa pemakanan sihat ini memerlukan belanja yang lebih tinggi. Sebenarnya tidak begitu, anda boleh sahaja mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat dengan mengurangkan bahan-bahan yang tidak baik diambil secara berlebihan seperti gula, garam, lemak dan minyak. Jimat dapat, sihat pun dapat.
Ini adalah salah satu langkah yang boleh anda ambil dalam menghadapi isu kenaikan barangan dalam tempoh yang singkat. Jika anda memikirkan tentang jangka masa yang panjang, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk meningkatkan gaji anda dengan menukar pekerjaan, mendapatkan pekerjaan kedua, atau bekerja sampingan dengan menyertai kami sebagai Perunding Takaful.
Rujukan: