Setelah mencapai tempoh matang, peratusan dari jumlah Caruman asas Tahunan boleh dibayar daripada Dana Pengendali Takaful sebagai Hibah. Manfaat ini dibayar jika Caruman terkini di bawah sijil dijelaskan , di mana semua Caruman belum dijelaskan (jika ada) perlu dibayar dalam tempoh dua belas (12) bulan selepas tempoh pembayaran caruman terakhir.
Tempoh Perlindungan | Tempoh Pembayaran Caruman | % Caruman Tahunan Asas |
10 Tahun | 3 Bayar | 80% |
15 Tahun | 5 Bayar | 95% |
20 Tahun | 10 Bayar | 300% |
25 Tahun | 10 Bayar | 330% |
30 Tahun | 20 Bayar | 400% |
Semasa kelangsungan hidup Orang Yang Dilindungi, peratusan jumlah Caruman Asas Tahunan akan dibayar daripada Akaun Individu Peserta ke dalam Akaun Unit Peserta untuk pembelian unit mengikut peruntukan dana dipilih berdasarkan kadar peruntukan 100% - berdasarkan jadual di bawah, bermula dari akhir tahun pertama Sijil, setiap tahun sehingga penamatan atau tempoh matang Sijil, mana yang berlaku terlebih dahulu..
Tempoh Pembayaran & Perlindungan | |||||
Tahun Sijil | 3 Bayar 10 | 5 Bayar 15 | 10 Bayar 20 | 10 Bayar 25 | 20 Bayar 30 |
Tahun 1 - 5 | 5% | 5% | 5% | 5% | 5% |
Tahun 6 - 10 | 10% | 10% | 10% | 10% | 10% |
Tahun 11 - 25 | - | 20% | 20% | 20% | 20% |
Tahun 26 - 30 | - | - | - | - | 30% |
Manfaat ini hanya akan dibayar jika Caruman terkini di bawah sijil dijelaskan.
Jika nilai dalam Akaun Individu Peserta tidak cukup untuk membayar Manfaat Rangsangan pelaburan dibawah sijil, kekurangan akan dibayar dari Dana Tabarru’ 2.
Manfaat Rangsangan Pelaburan terlepas tidak akan dibayar walaupun Caruman terkini di bawah sijil dijelaskan kemudian. Manfaat Rangsangan Pelaburan berikutan akan dibayar jika Caruman terkini di bawah sijil dijelaskan.
Upon accidental death of the Person Covered, a percentage of the Total Payout shall be payable from the Tabarru’ Fund 1, on top of the Death Benefit, as follows: Manfaat berlaku kematian akibat kemalangan kepada Orang yang DIlindungi, jumlah peratusan tambahan daripada Jumlah Pembayaran akan dibayar daripada Dana Tabarru' 1, ke atas Manfaat Kematian, seperti berikut:
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan |
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Tambahan (% Jumlah Bayaran Manfaat) |
Kematian akibat kemalangan di Malaysia |
100% |
Kematian akibat kemalangan (Pengangkutan Awam) di Malaysia: i. ketika mengembara sebagai seorang penumpang pengangkutan awam; atau ii. ketika berada di dalam lif penumpang atau lif elektrik (tidak termasuk lif penumpang atau lif elektrik di kawasan perlombongan atau di dalam bangunan yang sedang dalam pembinaan; atau iii. akibat kebakaran mana-mana hotel atau bangunan awam (kecuali teater atau pawagam) di mana Orang Yang Dilindungi berada ketika kebakaran bermula |
300% |
Kematian akibat kemalangan di luar Malaysia |
300% |
Dapatkan perlindungan ini tanpa perlu melalui kerumitan proses pengunderaitan perubatan.
Sesuaikan pelan Takaful anda dengan perlindungan yang komprehensif melalui 3 rider pilihan ini:
i-Saver Rider
95% daripada caruman yang telah dibayar akan diperuntukkan kepada Akaun Unit Peserta bertujuan sepenuhnya untuk tujuan simpanan dan pelaburan.
i-Provider Critical Illness Term Rider
Menyediakan caruman masa depan sekiranya Orang yang Dilindungi didiagnos dengan salah satu penyakit kritikal kecuali angioplasti dan rawatan invasif untuk penyakit arteri koronari.
i-Contributor Protection Plus Term Rider
Menyediakan caruman masa depan sekiranya Pencarum meninggal dunia, Kehilangan Upaya Penuh & Kekal atau didiagnosis dengan salah satu penyakit kritikal kecuali angioplasti dan rawatan invasif untuk penyakit arteri koronari.
Perunding Takaful kami akan menjawab sebarang soalan yang anda ada mengenai perancangan kewangan dan produk kami.
1. i-Great Majestik merupakan pelan Takaful Keluarga Bertempoh dengan gabungan Perlindungan Takaful (Komponen Takaful Tradisional) dan Simpanan Pilihan dan Rangsangan Pelaburan diagihkan yang memberi perlindungan kepada Kematian atau Hilang Upaya Penuh & Kekal terhadap Orang Yang Dilindungi. Komponen Takaful Berkaitan Pelaburan, pelan ini adalah berlandaskan prestasi yang mendasari aset, dan bukan suatu produk pelaburan semata-mata seperti unit amanah.
2. Umur merujuk kepada umur hari lahir berikutnya. Caruman perlu dibayar mengikut tempoh pembayaran caruman – bayaran terhad atau bayaran penuh, atau sehingga kematian atau Hilang Upaya Penuh & Kekal terhadap Orang Yang Dilindungi, atau penamatan Sijil, yang mana terdahulu.
3. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah yang mencukupi di dalam Akaun Individu Peserta untuk membayar Tabarru' dan Yuran Cuti Caruman, yang mana berkenaan. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan sijil luput sekiranya caj yang dikenakan, termasuk Tabarru' dan Yuran Cuti Caruman, telah melebihi nilai yang terdapat dalam Akaun Individu Peserta dan Akaun Unit Peserta.
4. Anda seharusnya yakin bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah Sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
5. “Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima Sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika Sijil ini dikembalikan kepada kami dalam tempoh ini, kami akan mengembalikan suatu amaun yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar bersamaan:
i. Jumlah Caruman Takaful (jika ada), dan
ii. Jumlah nilai di dalam Akaun Unit Peserta (jika ada) Sijil ini, dan
iii. Sebarang Caj Pendahuluan yang ditolak daripada Akaun Unit Peserta Sijil ini, (jika ada).
6. Anda boleh menerima Nilai Tunai dalam Akaun Individu Peserta (jika ada) dan Jumlah Nilai dalam Akaun Unit Peserta (jika ada) setelah pelan ditamatkan atau mencapai tempoh matang, yang mungkin lebih rendah daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam Akaun Individu Peserta dan Akaun Unit Peserta. Anda juga mungkin menerima Manfaat Bonus Penambah Awal dan Manfaat Rangsangan Matang (jika ada). Tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru' 1 setelah pelan ditamatkan atau matang.
7. Akaun Individu Peserta dan Akaun Unit Peserta akan berdasarkan prestasi sebenar dana tersebut dan tidak dijamin. Risiko pelaburan di bawah pelan ini ditanggung sepenuhnya oleh anda dan kedua-dua Akaun Individu Peserta dan Akaun Unit Peserta mungkin akan kurang daripada jumlah keseluruhan caruman yang
disumbangkan ke dalam dana tersebut. Nilai Sijil mungkin berkurangan bergantung kepada prestasi dana. Sijil mungkin luput sekiranya caj-caj yang diperlukan (termasuk Tabarru' dan Yuran Cuti Caruman) melebihi jumlah nilai yang ada dalam Akaun Individu Peserta. Kelangsungan pelan ini bergantung kepada prestasi aset dasar.
8. Menyertai sebuah pelan Takaful Keluarga adalah satu komitmen kewangan jangka panjang. Jika anda tidak membayar caruman anda semasa Tempoh Tenggang 30 hari, anda mungkin perlu membayar Yuran Cuti Caruman dan Sijil anda boleh luput. Jumlah nilai akaun yang anda mungkin perolehi sekiranya anda menamatkan Sijil sebelum tempoh matang jauh lebih rendah daripada jumlah caruman yang telah anda bayar.
9. Jika Sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti Sijil semasa anda dengan Sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian Sijil.
Risalah ini adalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak Takaful Keluarga. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai dana berkaitan pelaburan, sila rujuk Lembaran Fakta Dana.
i-Great Majestik merupakan produk yang patuh Syariah.
Jika terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk risalah ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. PERLINDUNGAN PIDM UNTUK MANFAAT YANG DIBAYAR DARIPADA BAHAGIAN UNIT SIJIL/PRODUK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT TERTENTU. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).