Rancang kewangan anda dengan pelan perlindungan takaful yang tinggi
Pelan takaful perlindungan tinggi dapat membantu anda merancang kewangan dengan lebih baik. Pelajari cara melindungi aset & keluarga anda! Baca disini!
Apabila profesion anda berkembang, perancangan kewangan anda juga memerlukan perubahan. Sekiranya anda seorang eksekutif korporat atau memegang jawatan pengurusan, bukan sahaja anda mendapat manfaat yang tinggi, tetapi anda juga sering mempunyai akses kepada pelbagai manfaat sampingan yang berbeza. Dan jika anda seorang pengusaha perniagaan, anda terdedah kepada risiko kewangan yang lebih besar kerana anda mempunyai lebih banyak tanggungan untuk dilindungi tanpa manfaat korporat.
Semakin tinggi pendapatan anda, semakin tinggi keperluan anda untuk melindungi kewangan atau perniagaan anda bagi mengekalkan gaya hidup anda sepanjang persaraan atau untuk kelangsungan hidup keluarga anda sekiranya anda meninggal dunia. Ketahui bila dan bagaimanakah anda memanfaatkan pelan perlindungan yang tinggi.
Sekiranya anda meninggal dunia secara semula jadi atau akibat kemalangan, atau mengalami Hilang Upaya Kekal dan Penuh, anda boleh menggunakan Jumlah Perlindungan Asas yang tinggi bagi tujuan berikut:
- Hibahkan amaun jumlah perlindungan anda kepada waris terdekat atau ahli keluarga untuk kelangsungan hidup mereka. Ini akan memastikan agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti sedia kala sebelum pemergian anda.
- sebagai penggantian pendapatan sekiranya perkara tidak diingini berlaku kepada anda. Ia boleh digunakan untuk anda dan keluarga untuk menampung sebarang perbelanjaan dalam tempoh proses pemulihan anda.
- untuk membantu melangsaikan komitmen kewangan yang tinggi seperti pembiayaan agar keluarga anda tidak terbeban.
- bagi memastikan tuntutan Haji anda dipenuhi oleh organisasi yang dilantik melalui Khidmat Proksi Haji sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya.
Sekiranya anda masih hidup sehingga tamat tempoh Sijil anda, manfaat matang anda boleh digunakan untuk tujuan berikut:
- sebagai dana persaraan untuk meneruskan kehidupan anda selepas bersara.
- untuk mengerjakan Haji / umrah dengan pasangan atau keluarga anda.
- untuk memastikan dana anak-anak anda mencukupi bagi menampung pendidikan tinggi mereka, atau membantu mereka mula hidup berdikari.
- untuk memenuhi impian kehidupan anda sama ada melancong ke serata dunia, memulakan perniagaan sendiri atau mencapai cita-cita / hobi unik anda.
- untuk meninggalkan warisan kepada generasi akan datang sebagai peninggalan kasih sayang.
- melabur semula sebahagian wang untuk meningkatkan simpanan anda.
Terdapat pelbagai cara yang dapat anda manfaatkan dengan mendapatkan pelan perlindungan yang tinggi, bukan sahaja untuk anda, tetapi untuk keluarga anda yang bakal anda tinggalkan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Takaful dengan Jumlah Perlindungan Asas yang tinggi, sila klik di sini.