Kepentingan pelan perlindungan takaful penyakit kritikal

Kepentingan pelan perlindungan takaful penyakit kritikal

Semua sedia maklum fungsi utama kad perubatan adalah untuk menampung kos rawatan jika anda dimasukkan ke hospital. Jika sekadar sakit biasa, kad perubatan sahaja memang sudah memadai.

Social Share XF (BM)
Kepentingan pelan perlindungan takaful penyakit kritikal

"Cukup ke kalau saya dah ada kad perubatan?"

Semua sedia maklum fungsi utama kad perubatan adalah untuk menampung kos-kos rawatan jika anda dimasukkan ke hospital. Jika sekadar sakit biasa seperti patah tangan atau demam denggi, kad perubatan sahaja memang sudah memadai. Tetapi jika menghidapi penyakit kritikal bagaimana pula?

Ya, anda boleh gunakan kad perubatan untuk menampung kos rawatan yang tinggi seperti kos hospitalisasi atau kos rawatan kemoterapi. Tetapi terdapat kos-kos tersembunyi lain yang hadir bersama penyakit kritikal.

Kebiasaannya penyakit kritikal seperti barah, strok dan sakit buah pinggang memerlukan tempoh rawatan yang panjang dan mengambil masa berbulan-bulan lamanya, malah terdapat juga kes yang mengambil masa bertahun lamanya untuk menjalani rawatan.

Disebabkan perkara ini, kos rawatan penyakit kritikal secara keseluruhannya amat tinggi berbanding sakit biasa. Bukan sahaja kerana kos rawatan di hospital, tetapi kerana lazimnya pergerakan anda terhad selepas rawatan, yang mana akan memaksa anda untuk mengambil cuti tanpa gaji atau berhenti kerja untuk menjalani rawatan dan sesi pemulihan.

Contohnya kes serangan jantung. Katakan seorang pesakit memerlukan rawatan pembedahan bagi arteri yang tersumbat. Alhamdulillah, pesakit tiada masalah untuk membayar kos pembedahan kerana memiliki kad perubatan.

Setelah selesai pembedahan, doktor menasihatkan pesakit untuk berehat di rumah bagi tempoh 3-4 bulan. Kemungkinan besar pesakit perlu mengambil cuti tanpa gaji. Jadi, bagaimana pesakit mahu mencari pendapatan bagi menampung perbelanjaan hariannya dan komitmen kewangannya selama 3-4 bulan tersebut?

Ini adalah situasi yang mana pesakit perlu berehat dalam tempoh pemulihan. Bagaimana pula jika ditimpa dengan penyakit yang memerlukan seseorang untuk menjaga mereka? Mungkin pasangan juga terpaksa mengambil cuti bagi menjaga pesakit atau perlu mengupah jururawat khas di rumah. Siapa yang akan tanggung kos-kos ini?

Mungkin anda mempunyai simpanan, tetapi mampukah simpanan anda bertahan untuk tempoh setahun sekurang-kurangnya?

Mahu atau tidak, anda memerlukan satu sumber kewangan baharu untuk menampung perbelanjaan kehidupan seharian anda apabila anda menghidap penyakit kritikal.

Di sini, pelan takaful penyakit kritikal mampu membantu anda yang mana ia berfungsi sebagai penggantian pendapatan demi meneruskan kelangsungan hidup. Apa itu takaful penyakit kritikal?

Ia adalah sebuah pelan perlindungan yang memberikan manfaat bayaran pampasan sekiranya anda didiagnos dengan salah satu daripada penyakit kritikal yang tersenarai dalam Sijil takaful.

Sebagai contoh, pelan i-Additional Lifetime Critical Illness Term Rider & i-Lifetime Critical Illness Term Rider melindungi 56 penyakit kritikal bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 

Berapa jumlah pampasan yang mencukupi?

Formula bagi jumlah pampasan sakit kritikal adalah bersamaan 3 tahun pendapatan. Hal ini kerana kebiasaannya pesakit memerlukan tempoh 3 tahun untuk pulih sepenuhnya. Kalau gaji anda RM3,000 sebulan, jumlah pampasan yang diperlukan adalah RM108,000.

Nak gunakan wang pampasan untuk apa?

1. Membeli ubat-ubatan tambahan yang tidak termasuk di bawah bil hospital.

2. Menampung kos perbelanjaan harian kerana terpaksa berhenti kerja.

3. Membayar kos jururawat/penjaga jika anda memerlukan khidmat jagaan di rumah selepas tempoh rawatan.

4. Pembelian alatan rawatan tambahan di rumah seperti katil khas.

5. Rawatan alternatif jika perlu

Anda boleh juga menggunakan kalkulator ini untuk mengira jumlah pampasan yang diperlukan.

Sekarang anda dah sedar bahawa penyakit kritikal ini memberikan impak besar kepada kedudukan kewangan anda. Mempunyai kad perubatan sahaja tidak memadai, anda juga memerlukan sumber kewangan yang lain bagi menampung kos-kos lain yang tersembunyi.

Jika sudah mampu, ambillah takaful penyakit kritikal secepat mungkin. Sakit ini tidak mengenal usia. Semakin hari semakin ramai orang muda yang menghidapi penyakit kritikal seperti sakit jantung dan kanser. Sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat sebagai langkah pencegahan dan pastikan diri anda dilindungi secukupnya.