Manfaat dan kelebihan takaful atas talian

Manfaat dan kelebihan takaful atas talian

Pada zaman ini, segala perkara telah dipermudahkan. Malah, produk menjadi lebih baik, proses menjadi lebih pantas dan perkhidmatan dipermudahkan. Kini, ramai orang menjangkakan masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dalam masa yang singkat.

Social Share XF (BM)
Manfaat dan kelebihan takaful atas talian

Manfaat takaful atas talian

Pada zaman ini, segala perkara telah dipermudahkan. Malah, produk menjadi lebih baik, proses menjadi lebih pantas dan perkhidmatan dipermudahkan. Kini, ramai orang menjangkakan masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dalam masa yang singkat. Kenapa begini?  Ia boleh diringkaskan dalam satu perkataan: Digitalisasi.

Digitalisasi telah membawa banyak perkembangan dalam industri kewangan secara amnya. Sebagai contoh, perubahan ke arah aplikasi mudah alih pengurusan kewangan ("aplikasi"), sama ada aplikasi untuk belanjawan atau penjejakan kewangan. Malah terdapat juga bank yang telah membangunkan aplikasi untuk memudahkan transaksi bank.

Tahukah anda bahawa industri Takaful di Malaysia juga telah mengambil beberapa inisiatif atau langkah digital sejak beberapa tahun kebelakangan ini? Selain daripada proses diperkemas dan diuruskan melalui sistem dan komputer, pelan Takaful kini boleh dicarum secara atas talian juga! 

Manfaat takaful perubatan keluargaPerlindungan perubatan untuk semua

Perlindungan mudah

Manfaat pertama ialah Takaful atas talian menyediakan kemudahan perlindungan. Kini, tiada lagi satu cara untuk menyertai pelan takaful, tidak kira melalui pengendali Takaful atau ejen. Dengan Takaful atas talian, anda tidak perlu lagi berjumpa ejen secara bersemuka atau pergi ke cawangan Takaful yang berhampiran. Malah, anda boleh menyertai pelan melalui beberapa klik di komputer atau telefon pintar. 

Takaful atas talian bukan sahaja membantu menjimatkan masa dan kos perjalanan, ia menjadikan Takaful boleh di diakses di lokasi terpencil – selagi mempunyai hubungan internet. Apa yang perlu dilakukan untuk menyertai pelan adalah pergi ke laman web Pengendali Takaful, memilih pelan yang dikehendaki untuk mendapatkan sebut harga caruman takaful, isi butiran, lengkapkan borang pengisytiharan dan buat pembayaran di laman web tersebut. Biasanya e-mel akan dihantar dari pengendali Takaful untuk menunjukkan pengesahan caruman pelan. Anda juga boleh menyertai pelbagai pelan Takaful dalam talian melalui aplikasi pihak ketiga seperti Boost dan Shopee di mana anda juga boleh menikmati ganjaran yang lain sebagai ahli.

Kelebihan pelan Great Eastern Takaful atas talian - pengurusan sijil secara kendiri

Pengurusan sijil sendiri

Adakah anda telah menukar alamat rumah anda baru-baru ini dan anda perlu mengemas kini butiran Takaful anda?

Adakah anda pertimbangkan untuk melantik benefisiari untuk sijil Takaful anda?

Tambahan pula, dengan Takaful atas talian, anda juga akan dapat menguruskan sijil anda sendiri tanpa perantara untuk permintaan perkhidmatan seperti yang dinyatakan di atas. Semua itu boleh dilakukan di atas talian – dan ya, ini juga termasuk perkhidmatan tuntutan! Dengan menguruskan sijil Takaful anda atas talian, anda tidak perlu lagi menghubungi ejen Takaful. Ini bermakna bahawa masa menunggu untuk melaksanakan perubahan sijil anda dapat disingkatkan. Anda boleh memilih untuk melakukan transaksi sedemikian mengikut keselesaan anda sendiri, pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Kemampuan mengurus sijil anda sendiri juga mampu memastikan ketepatan, kerana anda sebagai pengguna perkhidmatan, akan mengawal segala perubahan pada sijil anda mengikut keinginan anda. Takaful atas talian juga boleh memperkasakan anda sebagai pencarum, membolehkan anda sebagai pencarum bukan sahaja memutuskan perubahan yang akan dibuat, tetapi untuk melakukan perubahan itu. Pengurusan sijil atas talian juga disediakan untuk pelan bukan atas talian bagi mereka yang lebih suka membuat perubahan sendiri. Adakah ini anda?

Menjimatkan kos

Perlindungan komprehensif dan mampu milik

Pelan Takaful atas talian umum diketahui sebagai sebuah pelan yang mampu milik. Ini disebabkan oleh tiada penglibatan ejen, yang biasanya diambil kira semasa menetapkan harga caruman produk Takaful. Semua orang menyukai pilihan yang berpatutan. Walaubagaimanapun, ada kalanya orang berpendapat bahawa "berpatutan" adalah bersamaan dengan kekurangan kualiti. Pemikiran begini adalah salah!

Caruman pelan Takaful atas talian biasanya berdasarkan umur; jadi jika anda masih muda, ini mungkin peluang keemasan anda. Sama ada muda atau tidak, anda boleh yakin dengan perlindungan asas yang baik, bergantung kepada keperluan dan fasa kehidupan anda, dengan caruman takaful yang mampu membantu poket anda untuk lebih berjimat. 

 

Tip-tip pertimbangan takaful perubatan keluarga

Secara tuntasnya

Takaful atas talian ada manfaatnya tersendiri dan dibuktikan sebagai instrumen yang berkesan bagi mereka yang mencari perlindungan yang mudah untuk disertai, mudah diurus dan mesra poket. Perlindungan takaful kini amat mudah!

Ikutilah empat langkah senang ini:

Langkah 1: Dapatkan sebut harga

  • Isikan butiran peribadi orang yang akan dilindungi.
  • Pilih jumlah perlindungan dan kekerapan pembayaran.
  • Terima lembaran pendedahan produk kemudian sahkan bahawa anda memahami terma dan syarat.

Langkah 2: Permohonan pelan

  • Isikan butiran peribadi anda
  • Isikan butiran pekerjaan anda
  • Jawab Soal Selidik
  • Muat naik dokumen sokongan
  • Semak permohonan
  • Buat penamaan benefisiari

Langkah 3: Pengisytiharan

  • Isikan borang pengisytiharan

Langkah 4: Buat pembayaran

Mudah kan? Semak beberapa produk Takaful atas talian di sini. Atau mungkin ini telah mengingatkan anda untuk mengemas kini beberapa butiran di dalam sijil anda.

Jika ya, layari portal i-Get in Touch (iGIT) di sini untuk melakukanya.