Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Menambah rider pada pelan takaful asas

Menambah rider pada pelan takaful asas

Bagaimanakah kita, sebagai peserta Takaful memastikan perlindungan kita cukup pada setiap fasa kehidupan?

Social Share XF (BM)
Menambah rider pada pelan takaful asas

Memilih rider yang sesuai dengan fasa kehidupan anda

Perlindungan Takaful sangat penting dalam kehidupan kita. Walau bagaimanapun, kita mungkin akan menyedari bahawa perlindungan Takaful asas tidak mencukupi bagi menampung cara hidup kita. Kekurangan ini boleh dielakkan dengan menambah rider Takaful. Apakah rider Takaful? Rider Takaful merupakan satu pelan tambahan yang menawarkan manfaat dan perlindungan tambahan yang pelan asas anda tidak lindungi. Terdapat pelan Takaful yang dilengkapkan dengan rider dalam pakej; malah, terdapat juga situasi yang membenarkan kita untuk memilih rider yang bersesuaian dengan keperluan kita. Kita juga boleh memilih rider yang sesuai dengan fasa kehidupan kita, sama ada pada fasa permulaan kerjaya, fasa membina rumah tangga, atau fasa persaraan.

Bagaimanakah kita, sebagai peserta Takaful memastikan perlindungan kita cukup pada setiap fasa kehidupan? Keperluan kita berbeza mengikut peredaran fasa kehidupan, jadi mari kita lihat apakah rider-rider yang dapat membantu memberikan perlindungan yang lebih baik dan menyeluruh. 

Rider di permulaan kerjaya

Permulaan kerjaya

Apabila memulakan kerjaya, kebanyakan golongan muda dalam umur lingkungan 20-an belajar berdikari, terutamanya dalam pengurusan kewangan. Walaupun masih muda dan sihat, mendapatkan perlindungan Takaful adalah sangat penting! Menyertai pelan Takaful sewaktu muda banyak kelebihannya – caruman Takaful adalah lebih murah berbanding apabila menyertai pelan Takaful pada usia lebih dewasa. Oleh kerana golongan muda biasanya tiada tanggungan, perlindungan asas kesihatan dan kematian sudah mencukupi. Antara rider yang mungkin bersesuaian pada fasa hidup ini adalah rider perubatan dan hospitalisasi.

  • Rider perubatan dan hospitalisasi – Kos hospitalisasi dan pembedahan boleh juga dilindungi di bawah rider sebegini, akibat penyakit atau kecederaan kemalangan. Dengan rider ini, seseorang individu tidak perlu risau tentang bil-bil hospital. Rider ini memadai bagi pemuda yang ingin mempertingkatkan pelan perlindungan.

Rider bila membina keluarga

Membina keluarga

Ketika seseorang memasuki alam perkahwinan dan membina rumah tangga di umur 25 ke 30-an, tanggungjawab juga akan berubah – realitinya, tanggungjawab akan menjadi lebih besar! Perubahan ini berpunca daripada adanya tambahan tanggungan dalam hidup, seperti pasangan dan anak. Dalam fasa ini, anda mungkin akan lebih berwaspada terhadap kesihatan anda. Anda boleh pertimbangkan untuk menyemak semula dan meningkatkan perlindungan Takaful anda, dengan menyertai pelan Takaful tambahan atau menambah rider Takaful berdasarkan kategori berikutnya.

  • Simpanan untuk matlamat masa depan
    Rider simpanan – Sebahagian daripada caruman dibayar diperuntukkan ke akaun unit peserta (participant’s unit account, “PUA”) untuk tujuan simpanan dan pelaburan. Rider ini mungkin membantu bagi yang ingin membuat simpanan untuk pendidikan anak-anak atau membeli harta seperti rumah baharu.
  • Perlindungan kesihatan
    Rider penyakit kritikal – Apabila kesihatan menjadi kebimbangan utama, rider penyakit kritikal boleh membantu menyediakan perlindungan akibat diagnosis penyakit kritikal dan tuntutan penyakit kritikal.
  • Kesinambungan perlindungan
    • Rider provider – Rider ini juga sangat bermanfaat, yang mana pembayaran caruman masa hadapan bagi sijil akan dibayar daripada dana tabarru’ sekiranya Orang Yang Dilindungi menghadapi hilang upaya penuh dan kekal (HUPK) atau penyakit kritikal. Rider ini dapat menjaminkan ketenangan bahawa perlindungan Takaful akan bersambung tanpa memerlukan caruman dari anda pada masa depan.
    • Rider contributor – Rider ini dapat membantu membayar caruman masa hadapan pelan Takaful sedia ada daripada dana tabarru’ sekiranya berlaku kematian atau HUPK, atau penyakit kritikal kepada pencarum. Dengan ini, jika anda ditimpa musibah, perlindungan Takaful ahli keluarga akan bersambung tanpa memerlukan caruman dari anda pada masa depan.
  • Perlindungan tambahan disebabkan kemalangan
    Rider kemalangan – Rider ini boleh memberikan perlindungan apabila berlaku kematian, hilang upaya kekal atau sementara akibat kemalangan. Ini dapat melindungi keluarga daripada beban kos berkaitan dengan kejadian tersebut, dan dapat juga menampung gaya hidup keluarga.

Rider bila bersedia bersara

Bersedia untuk persaraan

Dalam perjalanan hidup anda di kemudian hari, anda juga mungkin menginginkan persaraan yang tenang. Bagi persediaan persaraan sewaktu berusia 40-an, perlindungan Takaful anda juga seharusnya dilengkapi dengan pelan Takaful persaraan, bagi memastikan anda bebas hutang, telah mengumpul harta yang cukup bagi keluarga anda, dan menikmati persaraan yang selesa. Rider berikutnya, walaupun telah dihuraikan di atas, ada fungsi yang lain bagi fasa penyediaan persaraan.

  • Rider simpanan – Bagi yang sedang membina keluarga, rider ini digunakan bagi tujuan simpanan untuk pendidikan anak-anak atau pembelian harta. Walaubagaimanapun, dalam fasa ini, selain daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), rider ini boleh digunakan untuk membuat simpanan ke arah pendapatan pasif, pelancongan, dan/atau ibadah haji atau umrah.
  • Rider penyakit kritikal – Satu penyelidikan pada 2019 mendapati bahawa kebanyakan kes kematian disebabkan oleh penyakit kritikal di kalangan dewasa tua. Oleh itu, rider ini dapat membantu dalam kos perubatan dan rawatan.

Tips rider Takaful

Tip rider Takaful

Jelas bahawa rider dapat menambah manfaat kepada pelan Takaful asas anda, dan boleh diubahsuai mengikut fasa kehidupan anda. Ia boleh dikatakan sebagai kos tambahan ke atas jumlah caruman Takaful, tetapi sangat berbaloi kerana dapat memenuhi keperluan semasa anda. Anda juga boleh membuat tinjauan di laman web berkaitan untuk pelbagai promosi yang ditawarkan, bagi memastikan caruman Takaful yang lebih bernilai dan komprehensif

Adakah anda berminat menambah rider ke pelan Takaful asas anda? Layari rider yang ditawarkan bagi melengkapkan pelan anda.

Jika anda ingin menyertai pelan Takaful yang boleh disesuaikan dengan pelbagai rider, kunjungi laman web kami di sini.

Rujukan:

Chan, Y., Ganapathy, S.S., Tan, L. et al. The burden of premature mortality among older adults: a population-based study in Malaysia. BMC Public Health 22, 1181 (2022). https://bmcpublichealth.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12889-022-13608-9