Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Kalkulator Takaful Simpanan Masa Depan

Setiap orang mempunyai matlamat yang berlainan, dan salah satu cara terbaik untuk menyimpan duit adalah dengan menetapkan matlamat. Ada yang mahu membeli rumah impian mereka dan ada yang mahu melancong ke seluruh dunia. Apa jua matlamat anda, lebih cepat anda mulakan simpanan, lebih cepat impian anda tercapai. Untuk mencapai matlamat anda, anda haruslah menyimpan dahulu dan berbelanja kemudian. Oleh itu, pelan takaful simpanan adalah pilihan terbaik kerana ia menawarkan perlindungan kewangan kepada anda sambil membolehkan anda menyimpan duit untuk masa depan yang lebih baik.

Gunakan kalkulator kami untuk mengetahui anggaran jumlah wang yang anda perlukan untuk memenuhi matlamat hidup anda dan tempoh masa yang anda perlukan untuk menyimpannya. Jika anda keliru tentang cara merancang simpanan anda, anda boleh menghubungi Penasihat Great Eastern Takaful untuk mendapatkan nasihat. Bimbingan daripada ejen boleh membantu anda memilih pelan takaful yang paling sesuai mengikut keperluan dan bajet anda.

Berapa jumlah yang anda mahu simpan?

RM
Berdasarkan kos sara hidup hari ini
Berdasarkan kos sara hidup hari ini

Berapa tahun anda merancang untuk menyimpan untuk mencapai matlamat anda?

0
30
0

Untuk mencapai matlamat anda

Anda merancang untuk menyimpan
10 tahun
Untuk mencapai matlamat simpanan anda sebanyak
RM100,000

Faktorkan kadar inflasi tahunan sebanyak
%,
nilai masa hadapan bagi simpanan yang diingini dalam
tahun adalah RM134,391.64
Andaikan anda mampu menjana
% kadar pulangan pelaburan tahunan, jumlah yang anda perlu simpan setiap bulan dari sekarang adalah
RM865.47

Bagaimana caranya untuk bermula?

Pengiraan di atas mungkin kelihatan sukar untuk dicapai tetapi kami boleh membantu. Di Great Eastern Takaful, kami menyediakan penyelesaian yang memastikan anda mencapai matlamat anda. Hubungi Perunding Takaful Great Eastern Takaful sekarang untuk mendapatkan nasihat. Ataupun klik pada butang di bawah untuk mengetahui selanjutnya mengenai pelan-pelan pilihan kami yang bersesuaian!

Nota: Kalkulator ini bertujuan untuk memberi jumlah anggaran sahaja.
Sila hubungi Perunding Takaful Great Eastern Takaful untuk mendapatkan cadangan pelan yang memenuhi keperluan tertentu anda.