Apabila orang yang dilindungi didiagnosis dengan mana-mana salah satu Penyakit Kritikal ("Kejadian yang Dilindungi") kecuali Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, berikut akan dibayar:
● Untuk Orang yang Dilindungi berumur 19 tahun hari lahir berikutnya dan ke atas, 100% daripada Jumlah Pembayaran.
● Untuk Orang yang Dilindungi Kanak-kanak berumur 18 tahun hari lahir berikutnya dan ke bawah, Had Jumlah Pembayaran sebanyak 50% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar. Baki akan dibayar apabila berlaku sebarang Kejadian yang Dilindungi apabila Orang yang Dilindungi berumur 19 tahun hari lahir berikutnya dan ke atas.
Sekiranya Orang yang Dilindungi dimasukkan ke hospital di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk sekurang-kurangnya 5 hari berturut-turut, jumlah sekaligus sebanyak RM10,000 akan dibayar daripada Dana Tabarru’.
Apabila pelan ini matang, amaun yang tinggal, jika ada, daripada Akaun Individu Peserta akan dibayar.
i-Great Yaqeen tidak melindungi penyakit yang sedia ada sebelum atau pada tarikh berkuat kuasa atau tarikh penguatkuasaan semula, yang mana terkemudian
Perunding Takaful kami akan menjawab sebarang soalan yang anda ada mengenai perancangan kewangan dan produk kami.
Risalah ini adalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak takaful keluarga. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.
i-Great Yaqeen merupakan produk yang patuh Syariah.
Jika terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk risalah ini, versi Bahasa Inggeris
akan digunapakai.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).