Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

i-Medi Shield Rider | Pelan tambahan rider takaful kesihatan

Kehidupan kita sering ditimbul perubahan. Namun begitu, kita patut melindungi diri kita dengan pelan perlindungan kesihatan, apatah lagi semasa inflasi. i-Medi Shield Rider adalah rider tambahan untuk melengkapkan pelan Takaful asas anda dan boleh membantu memastikan anda dan keluarga dipelihara.

 

Product Summary Muat turun brosur

Manfaat-manfaat utama

  • Circle Image

    Opsyen-opsyen deduktibel sesuai dengan kemampuan

    Pilih daripada deduktibel RM500, RM1,000, RM2,000 dan RM5,000, dengan pengurangan 50% jumlah deduktibel dipilih*, tertakluk pada sijil yang berkuat kuasa, tanpa sebarang tuntutan selama sekurangnya 5 tahun dan caruman terkini dijelaskan.

    *Deduktibel RM500 tidak layak untuk pengurangan

  • Circle Image

    Peningkatan Bilik & Penginapan hospital dan Had Perubatan Keseluruhan tanpa had

    Nikmati peningkatan 20% untuk Bilik & Penginapan hospital setiap 5 tahun dan 10% untuk Had Perubatan Keseluruhan setiap 2 tahun, jika tiada tuntutan.

  • Circle Image

    Lanjutan perlindungan melebihi Had Perubatan Keseluruhan dengan ko-Takaful

    Jika tuntutan melebihi Had Perubatan Keseluruhan, 20% ko-Takaful dikenakan.

Bagaimana i-Medi Shield Rider berfungsi?

Great Eastern

Kami hubungkan anda dengan perunding Takaful yang berkelayakan

Perunding Takaful kami akan menjawab sebarang soalan yang anda ada mengenai perancangan kewangan dan produk kami.

Request Callback

Bagaimana kami boleh bantu anda?

Nama produk

Terima Kasih

Penghantaran anda telah beryaja dihantar.

Ok

Ralat

Penghantaran anda gagal. Sila cuba lagi.

Ok

Fahami sebelum sertai

  1. i-Medi Shield Rider adalah rider Takaful Perubatan dan Kesihatan meliputi perbelanjaan penghospitalan dan pembedahan dengan pembayaran caruman yang dilampirkan pada pelan Takaful Keluarga bertempoh dengan caruman berkala yang terpilih.
  2. Semua umur yang dinyatakan di dalam risalah ini merujuk kepada umur hari lahir berikutnya.
  3. Anda seharusnya berpuas hati bahawa rider-rider ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar sehingga akhir tempoh Sijil di bawah Sijil ini adalah amaun yang anda mampu bayar.
  4. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah amaun yang mencukupi di dalam Akaun Individu Peserta untuk membayar Tabarru’, jika berkenaan. Namun terdapat kemungkinan Sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah amaun yang ada di dalam Akaun Individu Peserta. Menyertai terlalu banyak rider atau memilih tahap perlindungan yang terlalu tinggi mungkin akan mengurangkan nilai tunai. Bergantung kepada prestasi dana, Nilai Akaun Individu Peserta mungkin menurun dan Sijil berpotensi untuk luput.
  5. Apabila rider ditamatkan, diberhentikan atau luput, tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru’.
  6. Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima Sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian rider-rider Takaful Perubatan dan Kesihatan ini. Jika Sijil ini dikembalikan kepada kami dalam tempoh ini, kami akan mengembalikan suatu amaun yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar ditolak dengan belanja perubatan (jika ada).
  7. Jika anda menukar rider daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau jika anda menukar rider semasa anda dengan pelan asas, atau sebaliknya, dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan yang mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.

Tertakluk pada terma & syarat. Maklumat di atas adalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak takaful keluarga. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini. 

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)  sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).