Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

GET-SME | Pelan perubatan komprehensif untuk pekerja dan keluarga

Seorang pemilik bisnes bertaraf perbadanan perusahaan kecil dan sederhana (SME) pasti tahu betapa sukarnya untuk mengembangkan perusahaan anda. Sebagai seorang usahawan, anda mempunyai visi dan misi tersendiri untuk meneruskan legasi dan mengembangkan bisnes anda. Sama ada anda menjalankan perniagaan sekecil 5 orang atau sebesar 200 orang pekerja GET-SME kami direka khas untuk anda menyediakan perlindungan perubatan komprehensif kepada pekerja anda dan keluarga mereka. Kembangkan perniagaan anda dengan tenang, kerana pekerja anda akan senantiasa diurus dengan baik.

Product Summary Muat turun brosur

Manfaat-manfaat utama

  • Circle Image

    Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000

    Pilih sehingga 8 pelan caruman yang mengikut keperluan dan bajet anda.

  • Circle Image

    Pilih sehingga 3 pilihan pakej

    Lindungi pekerja anda dengan 3 pilihan pakej yang bersesuaian: Group Term Takaful, Group Hospitalisation & Surgical dan pakej komprehensif.

  • Circle Image

    Tiada pengunderaitan perubatan

    Daftar tanpa pengunderaitan perubatan untuk perniagaan yang mempunyai 11-200 orang pekerja sehingga RM300,000.

Fahami sebelum sertai

  1. GET-SME merupakan pakej produk takaful berkelompok dengan pembaharuan caruman tahunan yang direka untuk memenuhi keperluan syarikat/ organisasi kecil (iaitu Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME)) dalam memberikan perlindungan yang secukupnya kepada pekerja/ahli.
  2.  Anda seharusnya yakin bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
  3.  Jika Caruman tidak dibayar dalam tempoh tenggang selama 30 hari, Sijil akan luput. 
  4.  "Tempoh rujukan percuma" selama 15 hari daripada tarikh anda menerima sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil ini dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan sebarang caruman yang telah dibayar setelah ditolak sebarang bayaran perubatan untuk pemeriksaan perubatan (jika ada).
  5.  Anda boleh menerima caruman pro-rata (jika ada) apabila pelan ditamatkan atau telah luput. Tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru’.
  6.  Jika sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti sijil semasa anda dengan sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)  sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).