Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Pencarum pihak ketiga

Pemegang sijil dikehendaki menyatakan jika bayaran yang berkaitan dibuat oleh pihak ketiga atau menggunakan kad kredit/debit pihak ketiga, wang tunai dan cek tanpa mengira jumlah (sebarang jumlah).

Pencarum pihak ketiga ditakrifkan sebagai mana-mana individu selain dari pihak yang disenaraikan di bawah ini.

i. Penyedia cadangan
ii. Orang yang dilindungi
iii. Perantara (ejen, penjual bank)

Dokumen yang diperlukan:

1. Borang butir-butir pelanggan untuk pencarum pihak ketiga (PSF40A)
2. Dokumen sokongan seperti salinan NRIC, paspot adalah wajib untuk individu pencarum pihak ketiga.