Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

FAQ: Penyertaan / pendaftaran baharu Sijil

Dokumen yang diperlukan

Anda perlu menghantar salinan KP/sijil kelahiran (bagi kanak-kanak) yang diperakui sah, borang cadangan, borang pengesahan elektronik, pencarian fakta pelanggan dan laporan sulit ejen.

i-Medik (Kad Perubatan)

Ya, anda boleh memohon.

Kad Perubatan GELM yang sedia ada

Tidak.

Pemegang amanah

Tidak. Menjadi pemegang amanah sendiri tidak dibenarkan dalam takaful. Pemegang amanah hanya bertindak sebagai wasi dan membahagikan hasil menurut Undang-undang Faraid (peserta Islam) atau Hibah (peserta Islam dan bukan Islam).

Pelantikan penama

Ya. Anda boleh melantik sesiapa sahaja sebagai pemegang amanah dan penama.

Pencarian fakta pelanggan

Ejen harus memberi salinan CFF kepada pelanggan sebelum menghantar borang-borang cadangan, CFF dan Pengesahan Nasihat (CA) kepada Syarikat untuk mendaftarkan cadangan.

Umur kemasukan minimum

Tidak. Umur kemasukan minimum adalah satu bulan.

Kemuflisan

Tidak.

Kemuflisan (Pencadang lain)

Tidak.

Kehamilan

Boleh. Jika berada dalam tempoh kandungan kurang dari 8 bulan dan tiada masalah kesihatan.

Kaedah/kekerapan caruman

Sila rujuk jadual di bawah untuk kaedah/kekerapan pembayaran yang ada.

Kaedah Caruman Kekerapan Caruman Borang & Dokumen Diperlukan
Tahunan Setengah Tahunan Suku Tahunan Bulanan
Kad Kredit
 
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
      - Borang 1/79 BPA
- Salinan kad pengenalan yang disahkan benar (CTC)
- Salinan slip gaji terkini yang disahkan benar (CTC)
Direct Debit Authorisation (DDA) - Borang Direct Debit Authorisation (DDA)
GIRO (Autodebit) - Borang Auto debit: BSN, MBB, CIMB, RHB, PBB
Arahan Bank
 
Cek
   


Untuk permohonan BPA/DDA/GIRO, sila lampirkan borang dan dokumen yang lengkap mengikut pilihan dengan caruman pendahuluan 2 bulan setelah dihantar.
Sesetengah kaedah caruman mungkin tidak dapat digunakan bergantung kepada jenis Pelan Takaful yang dipilih.

Nota: Perkara yang tersenarai mungkin tidak lengkap dan syarikat berhak untuk meminta maklumat/dokumen lanjut.

Bagi pelanggan, sila kunjungi portal pelanggan kami di https://igetintouch.greateasterntakaful.com.

Bagi ejen, sila kunjungi igreatpartner.greateasterntakaful.com atau hubungi talian kami di 1 300 13 8338.