Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Pindaan umur

Dokumen yang diperlukan:

1. Borang permohonan bagi perubahan butiran diri (PSF01A)
2. Salinan benar bersijil NRIC/paspot/sijil kelahiran

Penafian:

Syarikat berhak untuk membuat penilaian semula dan meminta keperluan perubatan lanjut, soal selidik, dan bukti kewangan (jika ada).

Nota penting:

Kami hanya menerima penghantaran borang/surat melalui i-Get In Touch ("iGIT"). Pemilik sijil dinasihatkan untuk memuat naik borang/surat tersebut dalam iGIT. Walau bagaimanapun, jika pemilik sijil tidak dapat memuat naik surat dalam iGIT, pemilik sijil boleh meminta ejen perkhidmatan untuk memuat naik surat tersebut melalui i-Great Partner dengan alasan yang sah dinyatakan dalam borang/surat.