1. Ketahui Soalan Lazim terkini mengenai langkah interim penetapan semula harga pelan perubatan.
 

2. Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

3. Pergantungan Sementara Permohonan Kebenaran Direct Debit (DDA) Baharu

Dimaklumkan bahawa permohonan baharu untuk Kebenaran Direct Debit (DDA) akan ditangguhkan sementara bermula 16 Januari 2025 sehingga diberitahu kelak. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Tips menabung: 3 perkara yang anda perlu elakkan semasa menabung

Tips menabung: 3 perkara yang anda perlu elakkan semasa menabung

Anda ingin melancong? Atau ingin membeli barangan yang telah lama anda impikan? Ataupun sekadar menyediakan wang untuk kecemasan? Jika anda jawab ya untuk semua soalan ini, maka, menabunglah solusinya!

Social Share XF (BM)
Tips menabung: 3 perkara yang anda perlu elakkan semasa menabung

Anda ingin melancong? Atau ingin membeli barangan yang telah lama anda impikan? Ataupun sekadar menyediakan wang untuk kecemasan? Jika anda jawab ya untuk semua soalan ini, maka, menabunglah solusinya! Menabung merupakan antara langkah yang bagus untuk menguruskan kewangan anda dan dapat membantu anda di masa hadapan. Namun, terdapat beberapa aspek yang anda perlu titikberatkan ketika menabung. Mari kita lihat perkara-perkara yang anda perlu elakkan semasa menabung di dalam blog ini.

Menggunakan wang untuk barang kehendak

Menggunakan wang untuk barang kehendak

Tidak salah untuk anda berbelanja untuk diri sendiri tetapi jika anda telah membuat komitmen menabung, anda seharusnya mengelakkan diri daripada menggunakan wang tersebut untuk barangan kehendak yang bukan keperluan. Barangan kehendak merujuk kepada keinginan terhadap suatu barangan ataupun perkhidmatan, berbeza dengan barang keperluan yang bermaksud kepentingan asas yang diperlukan seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal. Pentingnya untuk anda memberi keutamaan kepada barangan keperluan anda dan keluarga supaya tiada perbelanjaan yang boros berlaku untuk barangan kehendak anda. Seeloknya, jika anda inginkan barangan kehendak tersebut, anda disyorkan untuk membuat tabung berasingan untuk barang keperluan atau kehendak agar tidak tercampur antara dua perkara tersebut.

Tidak menguruskan kewangan dengan berkesan

Tidak menguruskan wang dengan berkesan

Antara tips atau langkah menabung adalah membuat pengurusan kewangan yang bijak dan berkesan. Sebelum menabung, tentukan tujuan menabung anda. Adakah ianya untuk pelan melancong anda? Ataupun simpanan wang untuk pelaburan pendidikan anak-anak anda? Menentukan tujuan menabung anda dapat membantu anda untuk membuat bajet kewangan untuk pelan anda, supaya anda dapat menguruskan kewangan dengan berkesan. Uruskan kewangan anda dengan teratur dan baik dengan menyenaraikan segala pengeluaran dan kemasukan wang, agar kewangan anda berada di landasan yang betul.

Mengabaikan dana kecemasan

Mengabaikan dana kecemasan

Dana kecemasan adalah antara tujuan tabung yang paling penting. Kita tidak dapat jangkakan kecemasan yang bakal menimpa kita satu hari kelak, jadi, seeloknya sediakan satu tabung khas untuk kecemasan sahaja. Kecemasan boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti kos penyelenggaraan kereta, kecemasan perubatan serta pembaikan rumah. Dana kecemasan dapat meringankan beban kewangan anda, seterusnya dapat mengelakkan anda daripada membuat pinjaman wang untuk menampung perbelanjaan berlebihan dek kerana kecemasan yang ditimpa. Apabila anda mengabaikan simpanan dana kecemasan, anda berisiko untuk membuat perbelanjaan berlebihan daripada bajet anda, dan mungkin terpaksa membuat pinjaman dari pihak lain, secara tak langsung, menambah beban kewangan anda. Anda harus berdisiplin dan simpan mengikut kemampuan anda bagi mengelakkan diri dari sebarang kecelakaan.

Menabung memerlukan disiplin yang tinggi dan merupakan satu aspek penting dalam pengurusan kewangan. Menabung adalah langkah pertama dan paling asas menuju kebebasan kewangan yang stabil dan sejahtera. Menabunglah dengan bijak dan uruskan kewangan anda sebaik mungkin. Terdapat banyak langkah yang anda boleh terokai untuk menabung, termasuk dengan pelan takaful simpanan dan pelaburan. Dengan mengambil langkah yang mendalam untuk memahami cara menabung yang bijak dan mengutamakan tujuan menabung anda, anda dapat mengumpul wang dengan cermat dan teratur.