5 cara kreatif simpan duit
Ramai orang tidak mahu bercakap tentang topik pengurusan kewangan sebab katanya susah. Tetapi, tahukah anda, pengurusan kewangan peribadi yang baik adalah disebabkan psikologi berbanding matematik?
Tahukah anda sebenarnya pengurusan kewangan peribadi yang baik adalah disebabkan psikologi berbanding matematik. Kebanyakan orang, bila dengar sahaja topik pengurusan kewangan, otak mereka terus tertutup. Susah katanya sebab banyak sangat kira-kira.
Tapi cara menguruskan kewangan bukanlah melibatkan ilmu kira-kira semata, ia adalah ilmu bagaimana kita berinteraksi dengan duit itu sendiri. Betapa disiplinnya kita dalam mengurus kewangan.
Sama lah seperti tips kuruskan badan, anda boleh baca beribu tips sekalipun, tetapi jika tiada disiplin, tips tersebut hanya sia-sia sahaja.
Asas kepada pengurusan kewangan secara asasnya ada empat sahaja:
- Berbelanja di bawah kemampuan.
- Simpan lebihan pendapatan.
- Kawal risiko (Tabung kecemasan & perlindungan Takaful)
- Labur lebihan simpanan.
Seperti mana telah ditulis di atas, pengurusan kewangan adalah berkaitan psikologi. Anda perlu jadi lebih kreatif untuk ‘tipu’ otak anda dan menjadikan aktiviti menyimpan duit satu aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Jadi di sini, kami senaraikan beberapa cara kreatif menyimpan duit.
1. Tabung hijau
Setiap kali anda dapat duit kertas RM5, anda asingkan kemudian simpan dalam satu tabung. Kenapa pilih RM5? Sebab RM5 nilainya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Duit RM5 ni pun jarang-jarang dapat berbanding duit lain. Kalau pilih RM1 nanti banyak sangat pula yang kena simpan.
Buat konsisten selama 6 bulan, kemudian baru kira berapa hasilnya. Ambil 10% sebagai ganjaran anda berdisiplin menyimpan dan bakinya simpan dalam bank atau mana-mana instrumen simpanan lain.
2. Tabung 52 minggu
Setahun ada 12 bulan bersamaan 52 minggu. Sediakan satu tabung dan labelkan “Tabung 52 Minggu”. Setiap minggu simpan nilai duit bersamaan nombor minggu. Minggu pertama simpan RM1, minggu kedua simpan RM2 dan seterusnya sehingga cukup 52 minggu. Dengan cara ini anda mampu simpan RM1,378 setahun, boleh la buat bayar duit takaful kan.
3. Simpan dulu baru belanja
Biasanya bila kita tengok baki dalam bank masih banyak, kita tidak kisah sangat bab perbelanjaan. Tetapi bila kita tengok baki dalam akaun bank tinggal RM200-RM300 sahaja, mesti secara automatik kita jadi lebih berjimat cermat.
Sebab itulah kena asingkan terus bahagian simpanan seawal mendapat gaji, lebihnya barulah dibelanjakan. Asingkan minima 10% daripada pendapatan, kalau mampu lebih, boleh simpan amaun lebih besar.
4. Automasikan proses simpan
Teknik ini sesuai untuk mereka yang susah sangat nak bina tabiat menyimpan. Dengan teknologi hari ini, proses mengautomasikan simpanan menjadi lebih mudah. Banyak bank yang menyediakan kemudahan simpanan automatik sekarang. Tetapkan satu tarikh dan amaun untuk disimpan setiap bulan. Tidak perlu mula dengan amaun terlalu besar. Mula dengan amaun yang kecil dulu, yang kita tak perasan pun kalau hilang. Contohnya RM30 sebulan atau RM50 sebulan.
5. Tabung 2 kali ganda
Asyik menyimpan je, bila pula nak berbelanja? Sekali-sekala nak juga ‘reward’ diri bukan? Katakan anda teringin membeli konsol PS5 berharga RM2,300. Letakkan sasaran untuk menyimpan 2 kali ganda daripada nilai PS5.
Bermakna anda kena simpan RM4,600. Meletakkan PS5 sebagai ‘reward’ akan meningkatkan motivasi anda untuk menyimpan. Lagi tinggi kemahuan untuk nak dapatkan PS5, lagi kuat anda berusaha untuk capai jumlah simpanan secepat yang boleh.
Anda boleh pilih mana-mana cara yang paling sesuai dengan karakter anda, yang penting matlamat memiliki simpanan itu tercapai. Mungkin anda sendiri ada tips menabung yang menarik yang anda sudah praktikkan.
Bila simpanan dah banyak barulah boleh dilaburkan ke dalam instrumen lain seperti saham, amanah saham atau emas. Great Eastern Takaful juga ada menawarkan produk-produk pelaburan yang mungkin.
Sumber:
- The Psychology of Money: What You Need To Know To Have A (Relatively) Fearless Financial Lifehttps://www.forbes.com/sites/prudygourguechon/2019/02/25/the-psychology-of-money-what-you-need-to-know-to-have-a-relatively-fearless-financial-life/
- How automated saving and investing really works - and why most of us should be doing ithttps://www.businessinsider.com/personal-finance/how-automated-savings-investing-works-2018-12
- Personal Finance Basics https://investedwallet.com/personal-finance-basics/
- Benefit and Challenges of the 52 Week Savings Challenge https://www.thebalance.com/what-is-the-52-week-money-challenge-4158288