Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Kenapa anda perlu mempunyai perlindungan penyakit berjangkit?

Kenapa anda perlu mempunyai perlindungan penyakit berjangkit?

Penyakit Berjangkit telah menjadi satu keutamaan bagi sektor kesihatan awam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Pelbagai masalah yang timbul terhadap penjagaan kesihatan adalah berpunca daripada Penyakit Berjangkit. Ketahui mengapa anda perlu mempunyai Perlindungan Penyakit Berjangkit dan manfaatnya.

Social Share XF (BM)
Kenapa anda perlu mempunyai perlindungan penyakit berjangkit?

Pernahkah Anda Dengar Tentang Penyakit Berjangkit?

Pernahkah anda mendengar tentang penyakit berjangkit?

Penyakit berjangkit telah menjadi satu keutamaan bagi sektor kesihatan awam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Pelbagai masalah yang timbul terhadap penjagaan kesihatan adalah berpunca daripada penyakit berjangkit termasuklah peningkatan bawaan nyamuk seperti denggi, malaria dan virus Zika.

Tahukah anda mengapa penyakit berjangkit  seperti ini menjadi satu keutamaan kepada negara kita?

Mengikut kajian statistik Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, denggi telah dikategorikan sebagai penyakit berjangkit  nombor satu di negara ini yang mencecah angka tertinggi di Malaysia dengan 119,198 kes dan 162 kematian pada tahun 2019. Ia merupakan angka kes yang sangat membimbangkan di Malaysia. Bilangan kes ini telah menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya untuk dilindungi bukan sahaja daripada insiden yang besar tetapi juga daripada penyakit berjangkit  terutamanya ketika kita hidup di dalam era endemik akibat Covid-19 ini.

Mari ketahui mengapa anda perlu mempunyai perlindungan penyakit berjangkit dan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada anda.

Apakah Perlindungan Penyakit Berjangkit?

Apa itu perlindungan penyakit berjangkit?

Kebanyakan pengendali Takaful tidak menawarkan manfaat penyakit berjangkit di dalam pelan perlindungan kesihatan mereka. Ianya berkemungkinan besar disebabkan oleh permintaan yang rendah dan kurang kesedaran tentang kepentingan mendapatkan Perlindungan penyakit berjangkit. Sebahagian daripada kita mungkin berpendapat bahawa pelan perlindungan yang sedia ada sudah memadai untuk melindungi diri mereka daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. Malangnya, perkara buruk boleh berlaku kepada anda walaupun anda tidak menjangkakannya.

Sebelum anda memutuskan untuk menyertai perlindungan penyakit berjangkit, perkara pertama yang perlu anda fahami sepenuhnya adalah bagaimana pelan itu berfungsi, apakah perlindungan yang ditawarkan dan manfaatnya. Perlu diingatkan, anda bukan sahaja perlu memahami tentang perlindungan ini, bahkan anda juga perlu memahami perlindungan serta manfaat mengenai perlindungan yang lain. Dengan memahami pelan perlindungan yang ada, anda akan dapat mengetahui perlindungan yang benar-benar sesuai dengan anda.

Mari kita bincangkan tentang penyakit berjangkit. Apa itu perlindungan penyakit berjangkit? Perlindungan penyakit berjangkit adalah satu pelan Takaful yang menyediakan perlindungan kepada Orang Yang Dilindungi jika mereka didiagnosis dengan salah satu penyakit berjangkit yang dilindungi. Terdapat sesetengah perlindungan penyakit berjangkit yang juga ditawarkan sebagai rider, yang mana ianya boleh ditambah kepada perlindungan Takaful sedia ada anda untuk perlindungan yang lebih komprehensif. Kebiasaanya, manfaat tuntutan akan dibayar sekali gus dan jumlahnya berbeza-beza untuk setiap pengendali Takaful. Terdapat juga perlindungan yang ditawarkan untuk penyakit bawaan nyamuk dan ianya berbeza daripada perlindungan penyakit berjangkit. Sebelum anda memutuskan pelan perlindungan penyakit berjangkit yang ingin anda sertai, adalah penting untuk anda mengetahui jenis perlindungan dan manfaat yang diberikan.

Sila pastikan anda memilih perlindungan penyakit berjangkit dan penyakit bawaan nyamuk yang sesuai seperti yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful.

Apakah Manfaat Perlindungan Penyakit Berjangkit?

Apakah perlindungan penyakit berjangkit?

Berhadapan dengan penyakit berjangkit adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Apakah yang akan berlaku jika ianya adalah penyakit berjangkit yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi? Hal ini bukan sahaja menjejaskan fizikal dan emosi seseorang tetapi ianya juga akan meninggalkan kesan yang ketara terhadap kewangan seseorang. Sebagai contoh, apabila seseorang dijangkiti denggi, mereka akan memerlukan rawatan di hospital. Proses pemulihan adalah perlahan dan kebiasaannya, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk pulih sepenuhnya. Hal ini akan bertambah buruk jika ianya memerlukan alat atau mesin bantuan pernafasan dan masa untuk pulih juga akan menjadi lebih lama. Jika perkara ini berlaku, persoalan yang anda perlu tanyakan pada diri sendiri ialah, adakah hal ini akan menjadi beban kewangan terhadap anda dan keluarga anda?

Dengan mempunyai perlindungan penyakit berjangkit, anda tidak perlu risau tentang perkara itu. Anda boleh menggunakan manfaat yang anda terima untuk membayar kos kemasukan dan rawatan di hospital. Anda boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses pemulihan anda tanpa perlu khawatir tentang bil perubatan yang tinggi yang anda perlu bayar. Bukan itu sahaja, manfaat yang diterima juga boleh digunakan untuk membeli peralatan perubatan atau rawatan alternatif yang akan membantu proses pemulihan anda. Selain itu, manfaat yang diterima juga pastinya berguna kerana ia boleh digunakan untuk menggantikan pendapatan yang mungkin hilang sewaktu anda dimasukkan ke hospital. Hal ini sudah tentu akan membantu anda dan orang tersayang agar mereka boleh meneruskan kehidupan tanpa terjejas dari segi kewangan.

Bayangkan apa yang akan berlaku kepada orang yang anda sayang jika anda tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi?

Masa depan anda bergantung sepenuhnya pada anda, bukan orang lain!

Kesimpulannya, mendapatkan pelan perlindungan penyakit berjangkit adalah penting, terutamanya pada masa kini yang mana virus berjangkit merebak dengan cepat. Sebelum anda memutuskan pelan perlindungan penyakit berjangkit yang anda ingin sertai, pastikan anda memahami sepenuhnya mengenai perlindungan dan pembayaran yang diperlukan. Anda perlulah mengetahui apakah penyakit yang dilindungi dalam pelan tersebut serta pengecualian yang ada. Adalah lebih baik untuk mendapatkan perlindungan yang lebih komprehensif yang menyediakan perlindungan untuk kedua-dua penyakit berjangkit dan penyakit bawaan nyamuk seperti yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful. Dengan harga yang berpatutan bagi 2 pelan ini, anda akan mendapat yang terbaik daripada kedua-duanya.

Terdapat pelbagai pelan perlindungan Takaful yang anda boleh dapatkan daripada Great Eastern Takaful yang akan memberi manfaat kepada anda. Walau bagaimanapun, pelan perlindungan yang terbaik adalah pelan yang menyediakan perlindungan komprehensif yang memberi manfaat kepada anda dan orang tersayang pada masa hadapan. Jangan takut untuk membuat perubahan dalam hidup sebelum anda menyesal di kemudian hari. Masa depan anda bergantung sepenuhnya pada anda, bukan orang lain!