Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Hospital panel dan pilihan: Apakah itu?

Hospital panel dan pilihan: Apakah itu?

Cukuplah dengan mengatakan bahawa ramai di antara kita yang menyertai pelan Takaful perubatan untuk mendapatkan manfaat perlindungan perubatan dan kesihatan. Ini dapat membantu kita memastikan adanya kemudahan penjagaan kesihatan yang diperlukan

Social Share XF (BM)
Hospital panel dan pilihan: Apakah itu?

Cukuplah dengan mengatakan bahawa ramai di antara kita yang menyertai pelan Takaful perubatan untuk mendapatkan manfaat perlindungan perubatan dan kesihatan. Ini dapat membantu kita memastikan adanya kemudahan penjagaan kesihatan yang diperlukan tanpa perlu menggunakan duit simpanan peribadi. Setelah menyertai pelan perlindungan perubatan, anda akan dimaklumkan tentang hospital panel, dan juga hospital pilihan yang berkerjasama dengan syarikat pengendali Takaful anda. Anda akan menyedari bahawa senarai itu tidak merangkumi setiap hospital yang anda tahu. Kenapa tidak? Jom, kita fahami apa itu hospital panel dahulu.

Apa itu hospital panel?

Apa itu hospital panel?

Hospital panel merupakan sebuah hospital yang telah dikenalpasti untuk bekerjasama dengan pengendali Takaful anda, yang bertujuan membantu individu yang menyertai pelan Takaful kesihatan mereka. Apakah manfaat-manfaat hospital panel?

Kerjasama di antara pengendali Takaful dan hospital membolehkan peserta menikmati proses kemasukan hospital dan tuntutan yang lebih lancar dan cekap, berbanding peserta yang melawat hospital bukan panel. Kemasukan ke hospital bukan panel bermakna anda perlu membayar bil anda terlebih dahulu, sebelum wang anda dibayar balik oleh pengendali Takaful anda atas permintaan tuntutan. Secara umumnya, menerima rawatan di hospital panel dapat menjadikan pengalaman yang lebih lancar untuk peserta.

Apa itu hospital pilihan?

Seperti yang dikongsikan di permulaan artikel, selain hospital panel, terdapat juga hospital pilihan. Ianya adalah hospital panel yang telah menjalin kerjasama eksklusif dengan pengendali Takaful untuk menawarkan faedah tambahan kepada peserta mengenai kemasukan ke hospital. Hospital-hospital ini juga dipilih kerana telah memberikan penjagaan kesihatan serta perkhidmatan yang berkualiti dan lebih kos efektif kepada pesakit. Ini bermakna peserta dapat menikmati perkhidmatan tambahan selain pengalaman yang mereka perolehi dengan hospital panel.

Perkhidmatan tambahan hospital pilihan

Perkhidmatan tambahan yang disediakan oleh hospital pilihan termasuk:

  • Pengecualian bayaran ujian saringan COVID-19.
    Ujian Saringan COVID-19 telah diwajibkan oleh semua hospital di Malaysia bagi pembedahan, perubatan dan penjagaan, yang mana perkhidmatan tersebut boleh menelan belanja sekurang-kurangnya RM270. Oleh itu, hospital pilihan dapat menawarkan pengecualian bayaran bagi ujian saringan COVID-19.

  • Pengecualian bayaran deposit tunai ke atas kemasukan hospital
    Deposit tunai yang biasanya dicaj semasa kemasukan atau pendaftaran pesakit ke hospital, juga boleh dikecualikan bagi memudahkan dan melancarkan proses kemasukan. Ini sudah tentu suatu manfaat yang sangat memudahkan dan berbaloi bagi pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital pilihan. Walau bagaimanapun, terdapat kes yang mana pihak hospital akan meminta pesakit untuk membayar deposit sebelum dibenarkan untuk mendapatkan rawatan atau dimasukkan ke wad . Kes pertama adalah jika peserta perlu menjelaskan jumlah yang tidak dilindungi oleh surat jaminan ataupun Guarantee letter ketika discaj dari hospital, disebabkan ko-Takaful dan/atau perbelanjaan bukan berkaitan perubatan. Pengecualian lain adalah jika perbelanjaan perubatan melebihi had perlindungan sijil peserta. Akhir sekali, deposit tunai tidak akan dikecualikan jika surat jaminan tidak diterima.

  • Pengecualian bayaran caj pentadbiran
    Anda mungkin mendapati bahawa terdapat caj pentadbiran Ketika proses kemasukan hospital. Caj tersebut termasuk yuran kemasukan, yuran hospital (atau yuran lawatan), yuran rekod perubatan dan tanda pengenalan pesakit (Band ID). Dengan hospital pilihan, caj tersebut boleh dikecualikan yang sudah pastinya membantu menjimatkan kos anda.

  • Discaj tanpa surat jaminan/Guarantee letter dengan pembayaran deposit minimum
    Di hospital pilihan, peserta juga boleh discaj tanpa perlu menunggu surat jaminan yang dikeluarkan oleh pengendali Takaful – anda boleh discaj dengan membayar deposit minimum. Deposit ini akan ditentukan oleh hospital yang akan menganggarkan jumlah yang tidak dilindungi, dan anda boleh membuat permohonan bayaran balik daripada hospital semasa lawatan susulan. Ini boleh mengurangkan masa menunggu discaj.

  • Perkhidmatan tambahan semasa kemasukan
    Apabila dimasukkan ke hospital, terutamanya secara tidak dijangka, terdapat beberapa perkara kecil yang mampu membantu menceriakan mood anda. Selain dilawat orang tersayang, beberapa hospital pilihan akan menyediakan perkhidmatan pemberian bakul buah-buahan percuma, hadiah kemasukan percuma, barangan percuma dan/atau baucar makanan percuma. Ini pasti akan membantu menjadikan penginapan anda di hospital lebih selesa.

Secara umumnya, hospital pilihan akan mengutamakan penyediaan servis yang terbaik dari segi kesihatan dengan kadar yang berpatutan. Ini membolehkan peserta seperti anda untuk mendapatkan perkhidmatan lebih baik ketika menerima rawatan di hospital.

Menikmati penjimatan di kemudian hari

Pada hari ini, peningkatan kos perubatan amat membimbangkan, tetapi dengan mengambil tahu manfaat hospital panel dan pilihan, anda boleh menikmati penjimatan di kemudian hari sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Jika ini adalah kali pertama anda maklum tentang perkara ini, inilah masa yang terbaik untuk anda mengambil perhatian tentang hospital panel dan pilihan di bawah pelan Takaful anda, terutamanya yang berdekatan dengan anda. Ini akan memastikan anda mendapat pengalaman di hospital yang lancar dari kemasukan hospital hinggalah proses discaj, agar anda tidak perlu rasa terbeban dan stres dengan kos dan proses yang perlu anda lalui. Anda hanya perlu fokus dalam proses pemulihan anda.

Walaupun hospital panel adalah biasa bagi kebanyakan pengendali Takaful, tidak semua pengendali Takaful bekerjasama dengan hospital pilihan. Jika anda masih belum menyertai mana-mana pelan perlindungan kesihatan, pastikan pelan tersebut menawarkan perkhidmatan hospital pilihan sebagaimana pelan Takaful kesihatan GETB agar anda dapat menikmati kesemua manfaat eksklusif seperti yang dikongsikan di dalam artikel ini.