Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

i-Additional Lifetime & i-Lifetime Critical Illness Term Rider | Rider penyakit kritikal

Dengan jumlah yang sangat berpatutan ditambah kepada pelan Takaful asas anda, rider ini akan membantu anda dan anak-anak anda apabila tiba masanya. Pelan Takaful asas anda akan membantu anda pada masa yang diperlukan, tetapi rider ini akan memastikan anda menerima manfaat tunai sekaligus selepas diagnosis penyakit yang dilindungi.

Ringkasan produk Muat turun brosur

Manfaat-manfaat utama

  • Circle Image

    61 perlindungan penyakit kritikal untuk orang dewasa dan kanak-kanak dalam 1 pelan

    Nikmati perlindungan penyakit kritikal terluas untuk orang dewasa dan kanak-kanak di bawah satu pelan. Sila lihat senarai 61 penyakit kritikal di sini.

  • Circle Image

    2 pilihan pembayaran tuntutan

    Dapatkan TAMBAHAN pembayaran tuntutan ke atas Jumlah Perlindungan pelan asas. Jadi, perlindungan asas anda akan terus berkuat kuasa.

  • Circle Image

    Perlindungan sehingga 5x Jumlah Perlindungan Asas

    Lindungi diri anda, pasangan dan anak-anak tersayang daripada penyakit kritikal dan terima perlindungan sehingga 5 kali Jumlah Perlindungan Asas atau RM5 juta!

Bagaimanakah rider-rider ini berfungsi

Soalan Lazim

i-Additional Lifetime Critical Illness Term Rider dan i-Lifetime Critical Illness Term Rider adalah rider Takaful Perubatan dan Kesihatan dengan pembayaran caruman yang ditambahkan pada pelan perlindungan Takaful Keluarga bertempoh dengan caruman berkala yang terpilih yang menyediakan perlindungan bagi penyakit kritikal.

Ini adalah rider dengan pembayaran caruman. Amaun caruman bergantung kepada Jumlah Perlindungan Rider yang anda pilih, umur, jantina dan status merokok. Sila rujuk pada Sijil Takaful untuk mengetahui amaun caruman sebenar.

50 Penyakit Kritikal (Dari umur 1 tahun dan ke atas) dan 11 Penyakit Kritikal Kanak-Kanak (Dari umur 1 – 18 tahun)

Anda boleh membuat caruman melalui GIRO/Autodebit, Kebenaran Debit Terus, Arahan Bank atau kad kredit secara tahunan, separuh tahunan, suku tahunan atau bulanan.

Kami hubungkan anda dengan perunding Takaful yang berkelayakan

Perunding Takaful kami akan menjawab sebarang soalan yang anda ada mengenai perancangan kewangan dan produk kami.

Request Callback

Bagaimana kami boleh bantu anda?

Nama produk

Terima Kasih

Penghantaran anda telah beryaja dihantar.

Ok

Ralat

Penghantaran anda gagal. Sila cuba lagi.

Ok

Fahami sebelum sertai

  1. i-Additional Lifetime Critical Illness Term Rider dan i-Lifetime Critical Illness Term Rider adalah rider Takaful Perubatan dan Kesihatan dengan pembayaran caruman yang ditambahkan pada pelan Takaful Keluarga bertempoh dengan caruman berkala yang terpilih yang menyediakan perlindungan bagi penyakit kritikal.
  2. Kedua-dua rider i-Additional Lifetime Critical Illness Term Rider dan i-Lifetime Critical Illness Term Rider boleh ditambah sekali atau secara tunggal.
  3. Umur merujuk kepada umur hari lahir berikutnya.
  4. Anda seharusnya berpuas hati bahawa rider-rider ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar sehingga akhir tempoh Sijil ini adalah amaun yang anda mampu bayar.
  5. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah amaun yang mencukupi di dalam Akaun Individu Peserta untuk membayar Tabarru’, jika berkenaan. Namun terdapat kemungkinan Sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah amaun yang ada di dalam Akaun Individu Peserta. Menyertai terlalu banyak rider atau memilih tahap perlindungan yang terlalu tinggi mungkin akan mengurangkan nilai tunai. Bergantung kepada prestasi dana, Nilai Akaun Individu Peserta mungkin menurun dan Sijil berpotensi untuk luput.
  6. Apabila rider-rider ditamatkan atau diberhentikan sebelum tarikh matang rider, tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru’.
  7. “Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima Sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian rider-rider Takaful Perubatan dan Kesihatan ini. Jika Sijil ini dikembalikan kepada kami dalam tempoh ini, kami akan mengembalikan suatu amaun yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar ditolak dengan belanja perubatan (jika ada).
  8. Jika anda menukar rider daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau jika anda menukar rider semasa anda dengan pelan asas, atau sebaliknya, dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan yang mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.

Tertakluk pada terma & syarat. Maklumat di atas adalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak takaful keluarga. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini. Anda juga boleh merujuk kepada risalah pendidikan pengguna mengenai Takaful Perubatan & Kesihatan yang dikeluarkan di bawah Program Pendidikan Pengguna untuk maklumat lanjut.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)  sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).