i-Great Infiniti - Tawaran terhad!

Sertai pelan Takaful dengan manfaat yang berterusan untuk generasi masa hadapan

i-Great Infiniti - Tawaran terhad!

Dari 1 November 2024 - 17 November 2024

Dalam hidup ini, terdapat banyak perkara penting yang perlu anda lindungi. Bertindak sekarang untuk memastikan generasi anda yang seterusnya ditinggalkan dengan legasi yang bermakna. 

i-Great Infiniti adalah pelan takaful simpanan yang memastikan keluarga anda dilindungi dan menerima bayaran bulanan tunai berterusan sehingga umur 100 tahun hari lahir berikutnya. i-Great Infiniti juga menawarkan manfaat tambahan kematian akibat kemalangan dan manfaat matang dengan kemasukan tanpa pengunderaitan perubatan.

Dengan memulakan perancangan kewangan keluarga dan pengurusan legasi lebih awal, ia boleh memberikan anda ketenangan fikiran bahawa anda telah memberikan perlindungan kewangan dan meninggalkan legasi berharga  bagi insan tersayang untuk menyelesaikan liabiliti anda sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Kembangkan simpanan anda dengan pelan yang direka khusus untuk untuk membantu keluarga anda mencapai inspirasi yang diimpikan.

Sertai pelan i-Great Infiniti semasa promosi berlangsung dari 1- 17 Nov 2024 sahaja. Daftarlah sekarang!

Isi borang ini untuk membuat janji temu dengan Penasihat Takaful kami untuk mendapatkan tawaran hebat ini

Kebenaran Bagi Tujuan Pemasaran

Ralat

Penghantaran anda gagal. Sila cuba lagi.

Ok

Manfaat

Circle Image       Bayaran Tunai Bulanan

Apabila tempoh pembayaran caruman telah tamat atau tamat Tahun Sijil ke-10 yang mana terdahulu, sesuatu peratus (%) caruman tahunan akan dibahagikan kepada 12 dan dibayar setiap bulan sehingga kematian, HUPK,

Circle Image       Tiada pengunderaitan perubatan

Dapatkan perlindungan ini tanpa perlu melalui kerumitan proses pengunderaitan perubatan.

Circle Image       Manfaat tambahan kematian akibat kemalangan

Sekiranya berlaku Kematian Akibat Kemalangan sebelum Ulang Tahun Sijil apabila Orang yang Dilindungi mencapai umur tujuh puluh (70) tahun hari lahir berikutnya, suatu jumlah tambahan akan dibayar bersama dengan Manfaat Kematian.

Circle Image       Manfaat Kematian / Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)

Manfaat kematian dibayar sebelum Ulang Tahun Sijil apabila Orang yang Dilindungi mencapai umur seratus 100 tahun hari lahir berikutnya, manakala manfaat HUPK dibayar sebelum Ulang Tahun Sijil apabila Orang yang Dilindungi mencapai umur tujuh puluh 70 tahun hari lahir berikutnya.

Circle Image       Manfaat matang

Apabila pelan anda matang, sekiranya semua caruman dibayar jelas sehingga kini, anda akan menerima suatu amaun dalam jumlah sekaligus bagi mana-mana yang lebih tinggi:
105% Jumlah Caruman yang Dibayar ditolak Jumlah Bayaran Tunai yang diterima;
atau
Nilai UTA;
dan Nilai PRA (jika ada).

Circle Image       Kemudahan tidak luput

Sijil ini tidak akan luput dan kekal berkuatkuasa walaupun Nilai UTA tidak cukup untuk membayar yuran-yuran dan caj-caj, dengan syarat semua Caruman dibayar pada masanya (dalam tempoh tenggang) dan dibayar sehingga kini.

Circle Image       Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah

Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah opsyenal dan anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.

Terma dan syarat

1Akaun Universal Takaful atau UTA merujuk kepada akaun yang mana sebahagian daripada caruman dan sebarang lebihan dan/atau keuntungan akan diperuntukkan.
Akaun Pelaburan Semula Peserta atau PRA merujuk kepada akaun yang diwujudkan untuk pelaburan semula Pembayaran Tunai jika pilihan Pelaburan Semula dipilih.
3Tabarru’ merujuk kepada bahagian Caruman yang diperuntukkan ke dalam Dana(-dana) Tabarru’ sebagai derma yang Anda rela berikan untuk membantu dan memberikan pertolongan kepada Peserta yang memerlukan.
4 Jumlah Atas Risiko merujuk kepada lebihan Jumlah Perlindungan Semasa ke atas Nilai UTA pada permulaan bulan Sijil termasuk sebarang caruman yang diperuntukkan bagi bulan tersebut, tertakluk kepada minimum sifar. Jumlah Atas Risiko dibayar daripada Dana Tabarru’ 1.
5Dana(-dana) Tabarru’ bermaksud sejumlah dana terkumpul yang ditubuhkan untuk tujuan perpaduan dan kerjasama di antara
Peserta-Peserta dalam:
(a) Dana Tabarru’ 1 – untuk peristiwa musibah (pembayaran tuntutan);
(b) Dana Tabarru’ 2 – untuk peristiwa-peristiwa selain dari yang dinyatakan dalam (a) di atas.

Bagaimana i-GREAT Infiniti berfungsi

Infografik i-Great Infiniti