Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Rider Produk Takaful | Perlindungan tambahan untuk melengkapkan pelan takaful asas anda

Great Eastern Takaful menawarkan pelbagai manfaat tambahan (rider) untuk memenuhi keperluan anda. Rider-rider ini meningkatkan perlindungan dan memastikan perlindungan komprehensif untuk anda dan keluarga.

Rider pembayaran caruman yang mana caruman masa hadapan bagi sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal, atau penyakit kritikal kepada pencarum.

Rider pembayaran caruman bagi tujuan perlindungan yang mana caruman masa hadapan bagi sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal, atau penyakit kritikal kepada pencarum.

Rider pembayaran caruman yang mana jumlah perlindungan rider akan dibayar daripada Dana Tabarru’ untuk membantu pembayaran caruman masa hadapan bagi sijil sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal, atau penyakit kritikal kepada pencarum.

Rider pembayaran caruman yang mana pembayaran caruman masa hadapan bagi sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya Orang yang Dilindungi menghadapi hilang upaya penuh dan kekal atau penyakit kritikal.

Rider pembayaran caruman bagi tujuan perlindungan yang mana pembayaran caruman masa hadapan bagi sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya Orang yang Dilindungi menghidapi penyakit kritikal.

Rider pembayaran caruman yang mana jumlah perlindungan rider akan dibayar daripada Dana Tabarru’ untuk membantu pembayaran caruman masa hadapan bagi sijil sekiranya Orang yang Dilindungi menghadapi hilang upaya penuh dan kekal atau penyakit kritikal.

Rider pembayaran caruman tambahan yang mana 95% daripada caruman dibayar akan diperuntukkan ke Akaun Unit Peserta hanya untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

Rider pembayaran caruman yang menyediakan manfaat tunai harian (“Manfaat Kemasukan Hospital”) semasa kemasukan hospital kerana sakit atau kecederaan kemalangan.

Rider pembayaran caruman yang menyediakan perlindungan bagi kemasukan hospital dan perbelanjaan pembedahan yang ditanggung akibat penyakit atau kecederaan kemalangan dengan ciri tiada takaful bersama, yang membayar lebihan daripada jumlah deduktibel, mana yang berkenaan. i-Medi ExPlus Rider meningkatkan manfaat pelan perubatan primer yang dilampirkan pada sijil dengan menyediakan had tahunan keseluruhan yang dilanjutkan serta tanpa deduktibel digunapakai.

Rider pembayaran caruman yang menyediakan perlindungan bagi penyakit kritikal. Ia juga menyediakan perlindungan tambahan penyakit kritikal kanak-kanak bagi Orang yang Dilindungi berumur 1 hingga 18 tahun hari lahir berikutnya. Rider ini akan mengurangkan Jumlah Perlindungan Asas bagi pelan asas.

Rider pembayaran caruman yang membayar tuntutan bagi pelbagai jenis penyakit kritikal mahu pun pelbagai tahap penyakit kritikal yang sama, dengan syarat keadaan yang ditakrifkan terlebih dahulu telah dipenuhi. Rider ini mestilah disertakan berserta i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider.

Rider pembayaran caruman yang menyediakan perlindungan bagi penyakit kritikal. Ia juga menyediakan perlindungan tambahan penyakit kritikal kanak-kanak bagi Orang yang Dilindungi berumur 1 hingga 18 tahun hari lahir berikutnya. Jumlah perlindungan rider ini adalah tambahan kepada jumlah perlindungan pelan asas.

Rider pembayaran caruman berkala yang menyediakan perlindungan bagi penyakit kritikal. Rider ini akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.

Rider pembayaran caruman yang memberikan perlindungan apabila berlaku kematian Orang yang Dilindungi akibat kemalangan, sebagai tambahan kepada manfaat kematian yang disediakan dibawah pelan asas.

Rider pembayaran caruman yang menyediakan perlindungan apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal, hilang upaya kekal atau sementara, disebabkan semata-mata dan secara langsung oleh kemalangan. Rider ini juga membayar balik perbelanjaan perubatan dan menyediakan manfaat tanggung rugi mingguan bagi kemasukan hospital di hospital kerajaan Malaysia. Jumlah Perlindungan bagi rider ini akan bertambah sebanyak 5% setiap tahun, berdasarkan Jumlah Perlindungan asal bagi rider sehingga maksimum 150% daripada Jumlah Perlindungan asal rider.