i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider & i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider | Perlindungan seumur hidup takaful kesihatan untuk keperluan kritikal

Dengan i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider dan i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider, anda akan mendapat akses ke dana yang anda perlukan untuk mendapatkan rawatan awal untuk peluang pemulihan yang lebih baik dan untuk menghadapi perubahan gaya hidup anda yang tidak dijangka kerana pelan ini melindungi keperluan kritikal anda sepanjang hayat yang melengkapi pelan asas Takaful anda. 

Ringkasan produk Muat turun brosur

Manfaat-manfaat utama

  • Circle Image

    61 perlindungan penyakit kritikal untuk orang dewasa dan kanak-kanak dalam 1 pelan

    Nikmati perlindungan penyakit kritikal terluas untuk orang dewasa dan kanak-kanak di bawah satu pelan. Sila lihat senarai 61 penyakit kritikal di sini.

  • Circle Image

    Perlindungan untuk 2 tahap serius

    Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada penyakit kritikal dan terima pembayaran sebanyak 20% untuk tahap serius 25 dan 50% untuk tahap serius 50.

  • Circle Image

    Terima beberapa pembayaran tuntutan sekiranya menghidap penyakit kritikal

    Lindungi diri anda, pasangan dan anak-anak tersayang daripada penyakit kritikal dan terima beberapa pembayaran tuntutan sekiranya menghidap mana-mana daripada 61 penyakit kritikal yang dilindungi, semuanya di bawah satu pelan.

Bagaimanakah rider-rider ini berfungsi

CI Rider infographic

Soalan Lazim

  • i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider dan i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider adalah rider Takaful Perubatan dan Kesihatan dengan pembayaran caruman yang dilampirkan pada pelan Takaful Keluarga bertempoh dengan caruman berkala yang terpilih yang menyediakan perlindungan bagi penyakit kritikal.
  • Ini adalah rider dengan pembayaran caruman. Amaun caruman bergantung kepada Rider. Jumlah Perlindungan yang anda pilih, umur, jantina dan status merokok.
     
  • Seorang kanak-kanak mesti berumur sekurang-kurangnya 14 hari dan tidak lebih daripada 15 tahun untuk layak
  • Syarat umur minimum untuk dewasa ialah 16 tahun, manakala umur maksimum ialah 70 tahun
  • i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider memastikan pelan penyakit kritikal anda kekal sedia ada, dan dipertingkatkan dengan perlindungan peringkat awal penyakit kritikal.
  • Anda boleh membuat caruman melalui GIRO/Autodebit, Kebenaran Debit Terus, Arahan Bank atau kad kredit secara tahunan, separuh tahunan, suku tahunan atau bulanan. Cek dan tunai hanya dibenarkan bagi caruman tahunan, separuh tahunan atau suku tahunan sahaja

Kami hubungkan anda dengan perunding Takaful yang berkelayakan

Perunding Takaful kami akan menjawab sebarang soalan yang anda ada mengenai perancangan kewangan dan produk kami.

Request Callback

Bagaimana kami boleh bantu anda?

Nama produk

Terima Kasih

Penghantaran anda telah beryaja dihantar.

Ok

Ralat

Penghantaran anda gagal. Sila cuba lagi.

Ok

Fahami sebelum sertai

  1. i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider dan i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider adalah rider Takaful Perubatan dan Kesihatan dengan pembayaran caruman yang dilampirkan pada pelan Takaful Keluarga bertempoh dengan caruman berkala yang terpilih yang menyediakan perlindungan bagi penyakit kritikal.
  2. i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider boleh dilampirkan hanya jika i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider juga dilampirkan. Tuntutan bagi i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider akan
    mengurangkan Jumlah Perlindungan i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider yang mana akan mengurangkan Jumlah Perlindungan pelan asas pada masa yang sama juga.
  3. Anda seharusnya berpuas hati bahawa rider-rider ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar sehingga akhir tempoh Sijil ini adalah amaun yang anda mampu bayar.
  4. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah amaun yang mencukupi di dalam Akaun Individu Peserta untuk membayar Tabarru’, jika berkenaan. Namun terdapat kemungkinan Sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah amaun yang ada di dalam Akaun Individu Peserta. Menyertai terlalu banyak rider atau memilih tahap perlindungan yang terlalu tinggi mungkin akan mengurangkan nilai tunai. Bergantung kepada prestasi dana, Nilai Akaun Individu Peserta mungkin menurun dan Sijil berpotensi untuk luput.
  5. Apabila rider-rider ditamatkan atau diberhentikan sebelum tarikh matang rider, tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru’.
    “Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima Sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian rider-rider Takaful Perubatan dan Kesihatan ini. Jika Sijil ini dikembalikan
  6. kepada kami dalam tempoh ini, kami akan mengembalikan suatu amaun yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar ditolak dengan belanja perubatan (jika ada).
  7. Jika anda menukar rider daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau jika anda menukar rider semasa anda dengan pelan asas, atau sebaliknya, dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan yang mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.

Tertakluk pada terma & syarat. Maklumat di atas adalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak takaful keluarga. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini. Anda juga boleh merujuk kepada risalah pendidikan pengguna mengenai Takaful Perubatan & Kesihatan yang dikeluarkan di bawah Program Pendidikan Pengguna untuk maklumat lanjut.