Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Kemudahan saluran caruman untuk individu

Saluran Caruman Perkhidmatan Auto Debit JomPAY Perbankan Internet
Bayar Sekarang (ePAY)
Mesin Deposit Cek (CDM)
Mesin Juruwang Automatik (ATM)
Mesin Kitar Semula Tunai (CRM)
Tunai
Akaun Simpanan / Semasa Easi-Pay (Kad Kredit/Kad Debit)
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
Direct Debit Authorisation (DDA) GIRO
Kekerapan Caruman Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
Bulanan Sahaja
Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
Borang & Dokumen Diperlukan Borang Direct Debit Authorisation (DDA)

*Tertakluk kepada terma & syarat
Borang mesti disahkan dan diluluskan oleh bank terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Great Eastern Takaful.

*Borang boleh didapati di bank peserta
- Borang 1/79 BPA, Salinan kad pengenalan yang disahkan benar (CTC), Salinan slip gaji terkini yang disahkan benar (CTC)

*Hanya untuk sesiapa yang bekerja dengan badan kerajaan
- - - - - - -
Bank Simpanan Nasional - - - - - -
CIMB Bank Berhad - - - - - - -
Malayan Banking Berhad - - - - - - -
Public Bank Berhad - - - -
RHB Bank Berhad - - -   - - - -
i-Get In Touch - -

Hanya untuk:

(i) Kad kredit VISA/Mastercard tempatan dan antarabangsa

(ii) Kad debit VISA/Mastercard di bawah bank tempatan sahaja

- - - - - - -
Bank Sertaan JomPAY Lain (Klik sini untuk butiran) - - - - - - - - - -
Bank Pernyertaan DDA Lain (Klik sini untuk butiran) - - - - - - - - - -

Sila klik sini untuk Panduan Langkah demi Langkah Saluran Pembayaran Alternatif

Untuk permohonan DDA, GIRO dan BPA, sila lampirkan borang yang lengkap dan dokumen berkaitan mengikut pilihan. Caruman pendahuluan 2 bulan diperlukan sebelum menyerahkan borang permohonan.

Sesetengah kaedah caruman mungkin tidak tersedia, bergantung kepada jenis sijil pelan yang sedia ada.

Setelah melanggan perkhidmatan Pembayaran Auto Debit, anda dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah keselamatan di bawah untuk memastikan sijil takaful anda mendapat perlindungan yang berterusan:

  • Untuk menyemak nombor kad atau nombor akaun bank anda telah didaftarkan dengan betul mengikut arahan anda.
  • Untuk menyemak penyata akaun kad atau akaun bank anda dengan kerap untuk mengesan jika terdapat sebarang potongan caruman yang tidak konsisten.

Jika anda mengesyaki apa-apa potongan yang tidak dibenarkan telah dibuat ke akaun anda atau lain-lain penyelewengan mengenai potongan caruman anda telah dilakukan, anda harus memberitahu bank anda dan Great Eastern Takaful Berhad dengan segera.

Anda dinasihatkan untuk menyimpan slip bank-in sebagai pengesahan pembayaran yang dibuat kepada sijil dan menyemak status pembayaran melalui portal pelanggan i-Get In Touch untuk butiran.