Great ID

Satu ID, lebih mudah

Daftar akaun Great ID dan dapatkan akses untuk mengurus mengurus perkhidmatan digital Great Eastern Takaful anda.

Bagaimana nak daftar

Anda boleh mendaftar akaun Great ID melalui aplikasi digital atau servis berikut:

Soalan Lazim

1. Great ID

Great ID adalah satu identiti log masuk yang digunakan untuk mengurus perkhidmatan digital Great Eastern Takaful anda. Great ID tersedia untuk Pemilik Sijil Great Eastern Takaful. Log masuk ID i-Get In Touch yang menggunakan NRIC atau Nombor Kad Pengenalan akan digantikan dengan Great ID, yang mana Pemilik Sijil boleh menggunakan alamat e-mel pilihan mereka sebagai log masuk ID baharu mereka.

Great ID berkuat kuasa bermula 8hb Ogos 2020.

Anda hanya perlu memberikan alamat e-mel yang sah.

Kami mencadangkan anda untuk memiliki akaun Great ID yang unik untuk memastikan bahawa anda diberi akses ke perkhidmatan yang tepat.

Tidak. Sekiranya anda ingin mengemas kini alamat e-mel anda dalam rekod kami, anda boleh log masuk ke portal i-Get In Touch. Anda boleh mendapatkan panduan untuk kemaskini e-mel di sini.

Tidak. Anda hanya perlu mencipta satu Great ID dan kata laluan. Ini dapat digunakan untuk masuk ke portal iGet In Touch dan e-Connect.

2. Pengguna Baharu i-Get In Touch

Berikut adalah langkah-langkah untuk mencipta akaun Great ID. Sila baca Dasar Privasi kami sebelum mendaftar:

1. Log masuk ke www.igetintouch.greateasterntakaful.com

2. Klik ‘Daftar Sekarang’.

3. Pengesahan diri sebagai pelanggan Great Eastern Takaful Berhad menggunakan kaedah pengesahan pilihan Pemilik Sijil seperti di bawah:

  • ID Peribadi - Masukkan Nombor Pengenalan, tarikh Lahir dan Jantina; atau,
  • Nombor Sijil - Masukkan Nombor Sijil yang aktif dan Nombor Pengenalan

4. Setelah berjaya membuat pengesahan, Kata Laluan Satu Kali (OTP) enam digit akan dihantar ke nombor telefon bimbit berdaftar Pemilik Sijil.

5. Teruskan membuat Great ID dengan alamat e-mel yang sah (Ini akan menjadi ID log masuk Pemilik Sijil).

6. Masukkan pin pengesahan yang dihantar ke alamat e-mel anda.

7. Lengkapkan pendaftaran dengan klik ‘Login‘.

8. Skrin ‘Terma & Syarat’ i-Get In Touch akan dipaparkan.

9. Skrin ‘Papan Pemuka’ dipaparkan untuk akses Pemilik Sijil.

Catatan: Sekiranya anda mendapat mesej bahawa akaun anda telah berdaftar dengan alamat e-mel yang anda berikan, kemungkinan akaun tersebut telah pun didaftarkan sebelumnya. Sila rujuk "Apa yang harus saya lakukan jika saya terlupa kata laluan saya?" untuk arahan mengenai cara mendapatkan semula kata laluan anda.

3. Pengguna Sedia Ada i-Get In Touch

1. Log masuk ke www.igetintouch.greateasterntakaful.com

2. Klik 'DI SINI' di bawah pengumuman untuk memindahkan ID i-Get In Touch lama anda.

3. Masukkan Log Masuk ID i-Get In Touch semasa (Kad Pengenalan 12 digit tanpa tanda sempang) dan kata laluan.

4. Setelah berjaya membuat pengesahan, kata laluan satu kali (OTP) 6 digit akan dihantar ke nombor telefon bimbit terbaharu anda dalam rekod kami.

5. Teruskan membuat Great ID dengan alamat e-mel yang sah (ini akan menjadi Log Masuk ID anda yang baharu).

6. Masukkan pin pengesahan yang dihantar ke alamat e-mel yang diberikan.

7. Lengkapkan pendaftaran dengan mengklik ‘Teruskan’ dan untuk mengakses akaun i-Get In Touch anda.

Anda juga boleh klik ‘Daftar sekarang’ untuk mencipta akaun Great ID.

4. Kemaskini/Lupa Kata Laluan

Log masuk dengan Great ID di sini untuk menukar kata laluan anda.

1. Log masuk ke www.igetintouch.greateasterntakaful.com

2. Klik pada 'Lupa kata laluan anda?'

3. Masukkan Great ID anda (alamat e-mel).

4. Sahkan alamat e-mel anda dengan menggunakan kod pengesahan yang dihantar ke alamat e-mel anda.

5. Masukkan kata laluan baharu.

5. Kemaskini Nombor Telefon

Kemaskini nombor telefon bimbit anda supaya anda dapat dihubungi. Sila muat turun borang ”Great ID – Permohonan Mengemaskini Nombor Telefon Bimbit” di sini dan e-mel borang yang lengkap ke igetintouch@greateasterntakaful.com

Sila muat turun borang ”Great ID – Permohonan Mengemaskini Nombor Telefon Bimbit” di sini. Sila hantarkan borang lengkap ke igetintouch@greateasterntakaful.com

Ya, satu (1) nombor telefon bimbit dapat digunakan untuk tiga (3) Sijil. 

6. Panduan Pendaftaran i-Get In Touch

Anda boleh mendapatkan panduan pendaftaran di sini.

7. Masalah/Bantuan Teknikal

Anda boleh membuka akaun anda yang dikunci dengan menetapkan semula kata laluan anda melalui pautan ‘Lupa kata laluan anda’.

Anda boleh menghantar e-mel kepada khidmat pelanggan kami di igetintouch@greateasterntakaful.com atau menghubungi talian khas i-Get In Touch kami di 03-48133390.

Pastikan nombor telefon bimbit anda telah dikemaskini di dalam rekod kami. Anda boleh klik ‘Send again’ atau ‘Update you record’.

Kemungkinan butiran peribadi anda tidak tepat di dalam rekod kami. Anda boleh mengemaskini butiran peribadi anda atau hubungi talian khas i-Get In Touch.