1. Ketahui Soalan Lazim terkini mengenai langkah interim penetapan semula harga pelan perubatan.
 

2. Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

3. Pergantungan Sementara Permohonan Kebenaran Direct Debit (DDA) Baharu

Dimaklumkan bahawa permohonan baharu untuk Kebenaran Direct Debit (DDA) akan ditangguhkan sementara bermula 16 Januari 2025 sehingga diberitahu kelak. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

i-Great MediHarapan | Pelan takaful & kad perubatan individual & keluarga

Sekiranya berlaku kecemasan atau dimasukkan ke hospital, terdapat beberapa kos yang harus ditanggung oleh pesakit atau ahli keluarga. i-Great MediHarapan membantu melindungi diri anda daripada perkara yang tidak diingini dan membantu meringankan beban kewangan orang yang tersayang, kerana ia adalah pelan perlindungan perubatan untuk anda dan keluarga. 

Product Summary Muat turun brosur

Manfaat-manfaat utama

  • Circle Image

    Had Keseluruhan Seumur Hidup Tanpa Had dan RM200,000 Had Keseluruhan Tahunan

    Nikmati RM200,000 Had Keseluruhan Tahunan dengan hanya RM3.50 sehari* dan Had Keseluruhan Seumur Hidup Tanpa Had.

  • Circle Image

    RM300 deduktibel untuk setiap ketidakupayaan

    Bayar hanya RM300 daripada jumlah bil hospital anda untuk setiap ketidakupayaan bagi manfaat tertentu yang dilindungi sahaja, dan kami akan tanggung selebihnya.

  • Circle Image

    Perlindungan perubatan sehingga umur 100 tahun

    Dapatkan perlindungan dan manfaat perubatan sehingga anda mencapai 100 tahun hari lahir berikutnya.

  • Circle Image

    5% diskaun keluarga

    Nikmati diskaun sebanyak 5% apabila anda menyertai i-Great MediHarapan dengan pasangan dan ahli keluarga anda. 

Bagaimanakah i-Great MediHarapan berfungsi

Medi Rider infographic

Kami hubungkan anda dengan perunding Takaful yang berkelayakan

Perunding Takaful kami akan menjawab sebarang soalan yang anda ada mengenai perancangan kewangan dan produk kami.

Request Callback

Bagaimana kami boleh bantu anda?

Nama produk

Terima Kasih

Penghantaran anda telah beryaja dihantar.

Ok

Ralat

Penghantaran anda gagal. Sila cuba lagi.

Ok

Fahami sebelum sertai

  1. i-Great MediHarapan adalah pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan kendiri dengan pembaharuan tahunan dengan caruman yang meningkat yang menyediakan perlindungan untuk Penghospitalan dan/atau Rawatan Surgeri akibat kemalangan atau penyakit sehingga umur 100 tahun hari lahir berikutnya. Caruman boleh dibayar sehingga umur 100 tahun hari lahir berikutnya.
  2. Umur merujuk kepada Umur Hari Lahir Berikutnya.
  3. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah Sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar. Sekiranya anda tidak membayar caruman anda dalam tempoh tenggang selama 30 hari, Sijil anda akan luput serta-merta dan akan mengakibatkan anda kehilangan perlindungan.
  4. “Tempoh rujukan percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima Sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika Sijil ini dikembalikan kepada Pengendali Takful dalam tempoh ini, kami akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar ditolak yuran perubatan yang dikenakan, jika ada, untuk pemeriksaan perubatan.
  5. Jika berlaku penyerahan, anda tidak sepatutnya menjangkakan untuk menerima sebarang nilai daripada Sijil. Walau bagaimanapun, Tabarru’ yag belum luput daripada Dana Tabarru’ dan caruman yang tidak diperuntukkan yang belum diperolehi daripada dana Pengendali Takaful (selain daripada Caruman Tidak Diperuntukkan tahun pertama) ditolak perbelanjaan perubatan sebenar yang ditanggung (jika ada) akan dibayar kepada anda.
  6. Sekiranya Sijil anda diberhentikan atau tamat tempoh, tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru’.
  7. Jika Sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti Sijil semasa anda dengan Sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu mengantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.

Tertakluk pada terma & syarat. Maklumat di atas adalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak takaful keluarga. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini. Anda juga boleh merujuk kepada risalah pendidikan pengguna mengenai Takaful Perubatan & Kesihatan yang dikeluarkan di bawah Program Pendidikan Pengguna untuk maklumat lanjut.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)  sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).