Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Lain-lain soalan lazim

Takaful untuk semua

Tidak, Takaful terbuka kepada semua individu tanpa mengira agama.

Pertukaran kaedah/kekerapan caruman

Untuk kaedah caruman Kad Kredit, Arahan Bank, Cek, Tunai. Anda boleh log masuk ke i-Get In Touch untuk melakukan perubahan dengan mengikuti langkah mudah seperti yang ditunjukkan di bawah:

Permohonan Perkhidmatan Saya > Tukar Kaedah Caruman (klik sini untuk panduan)

  • Untuk kaedah caruman Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), Direct Debit Authorisation (DDA), GIRO (Autodebit). Anda boleh lampirkan borang dan dokumen yang lengkap dengan caruman pendahuluan 2 bulan kepada syarikat.
  • Untuk menukar kekerapan caruman, anda boleh log masuk ke i-Get In Touch untuk melakukan perubahan dengan mengikuti langkah mudah seperti yang ditunjukkan di bawah:
    Permohonan Perkhidmatan Saya > Tukar Kekerapan Caruman (klik sini untuk panduan)
  • Sila rujuk jadual di bawah untuk kaedah/kekerapan caruman yang sedia ada
Kaedah Caruman Kekerapan Caruman Borang & Dokumen Diperlukan
Tahunan Setengah Tahunan Suku Tahunan Bulanan
Kad Kredit
 
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)       - Borang 1/79 BPA
- Salinan kad pengenalan yang disahkan benar (CTC)
- Salinan slip gaji terkini yang disahkan benar (CTC)
Direct Debit Authorisation (DDA) - Borang Direct Debit Authorisation (DDA)
GIRO (Autodebit) - Borang Auto debit: BSN, MBB, CIMB, RHB, PBB
Arahan Bank
 
Cek
   

Sesetengah kaedah caruman mungkin tidak tersedia, bergantung kepada jenis sijil pelan yang sedia ada.

Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran untuk kaedah caruman Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), Direct Debit Authorisation (DDA), GIRO (Autodebit) tidak tersedia melalui i-Great In Touch kerana borang permohonan dalam bentuk fizikal diperlukan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Kemudahan Saluran Caruman.

Aduan

Anda boleh emel cfu@greateasterntakaful.com atau mengunjungi mana-mana cawangan perkhidmatan seluruh negara untuk membuat aduan. Klik sini untuk Lokasi Rangkaian Cawangan.

Pelepasan cukai

Ya, anda layak menerima pelepasan cukai perseorangan apabila anda menyertai mana-mana pelan takaful. Bagi individu selain daripada kategori penjawat awam berpencen, pelepasan cukai untuk Takaful Keluarga adalah terhad kepada RM3,000 manakala caruman KWSP atau mana-mana skim yang diluluskan layak mendapat pelepasan terhad kepada RM4,000. Sementara itu, individu dalam kategori penjawat awam berpencen layak mendapat pelepasan cukai terhad sebanyak RM7,000 untuk caruman Takaful Keluarga. Pelan perubatan dan pendidikan juga masing-masing layak mendapat pelepasan cukai terhad sebanyak RM3,000.

Nota: Pelepasan cukai tertakluk pada Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967 dan keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Penggantian sijil

Sijil baru biasanya memerlukan pembayaran caruman yang lebih tinggi mengikut umur anda.

  • Anda mungkin perlu membayar caruman tambahan atau tidak diberikan perlindungan takaful jika status kesihatan anda telah berubah.
  • Dalam kebanyakan sijil perubatan dan penyakit kritikal, tempoh menunggu (tempoh di mana sebarang tuntutan tidak akan dibayar) bersambung dari tarikh pengeluaran atau tarikh pengembalian semula sijil, yang mana lebih kemudian.

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001

Pengubahan wang haram melibatkan urus niaga yang bertujuan untuk menyelindung sumber sebenar dana, menyelindung penempatan dana, menghapuskan sebarang jejak audit dan memperlihatkan seolah-olah dana tersebut diperoleh melalui sumber-sumber yang sah, dan mengelak cukai pendapatan.

Nota: Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada Akta PencegahanPengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613).

Syarat penarikan balik portfolio

Penarikan Balik Portfolio adalah satu klausa yang memberi hak kepada Pengendali Takaful di bawah keadaan tertentu untuk berhenti menawarkan pelan perubatan (termasuk rider) dengan memberi anda notis awal pemberitahuan bertulis.

Dengan mengeluarkan klausa ini dari sijil anda, Syarikat akan terus menawarkan perlindungan perubatan kepada anda selagi sijil anda berkuatkuasa.

Nombor Nama Produk Kod Produk
1 i-Medik Rider* A410 - A414
2 i-Medik Plus Rider J1 - J3
3 i-Medik Xtra Rider J27-J30
4 i-Medik Xtender Rider J33-J37
5 i-Hospitalisation Benefits Rider*

A409*

K5

*Untuk sijil yang berkuatkuasa dari 31 Disember 2011 dan seterusnya

Klausa penarikan balik ini akan berkuatkuasa serta merta bagi setiap produk yang disebut di atas.