Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Kurangkan jumlah perlindungan/ pembatalan manfaat

Dokumen yang diperlukan:

1. Borang permohonan untuk penyertaan / penukaran / perubahan perlindungan (PSF02)
2. Surat penawaran Pelan Berkaitan Pelaburan mengenai perubahan - pilihan (rujuk ejen perkhidmatan)

Nota penting:

Kami hanya menerima penghantaran borang/surat melalui i-Get In Touch ("iGIT"). Pemilik sijil dinasihatkan untuk memuat naik borang/surat tersebut dalam iGIT. Walau bagaimanapun, jika pemilik sijil tidak dapat memuat naik surat dalam iGIT, pemilik sijil boleh meminta ejen perkhidmatan untuk memuat naik surat tersebut melalui i-Great Partner dengan alasan yang sah dinyatakan dalam borang/surat.

Ia akan berkuat kuasa dari tarikh akhir caruman seterusnya.

Anda boleh memohon untuk mengurangkan jumlah perlindungan dalam tempoh bertenang dan jumlah perlindungan yang disemak akan berkuat kuasa dari tarikh akhir caruman seterusnya dan anda TIDAK layak menerima perbezaan/lebihan caruman yang dibayar.

Pengurangan jumlah perlindungan tidak dibenarkan jika status sijil luput. Walau bagaimanapun, anda dibenarkan mengurangkan jumlah perlindungan jika anda ingin menghidupkan semula sijil telah luput.

Jumlah perlindungan minimum bergantung pada jenis pelan. Anda boleh merujuk kepada Huraian Produk dalam i-Great Partner mengenai jumlah perlindungan minimum yang dibenarkan.

Anda boleh meminta untuk mengurangkan jumlah perlindungan pada bila-bila masa, namun ia hanya akan berkuat kuasa dari tarikh akhir caruman seterusnya.

Pemilik sijil perlu menyerahkan borang Permohonan untuk Perubahan Kontrak (PSF01) yang ditandatangani dan lengkap untuk mengurangkan jumlah perlindungan.

Sila ambil perhatian bahawa kami hanya menerima penyerahan borang / surat melalui i-Get In Touch ("iGIT"). Pemilik sijil dinasihatkan untuk memuat naik borang melalui portal pelanggan kami. Namun begitu, jika pemilik sijil tidak dapat memuat naik borang dalam iGIT, pemilik sijil boleh mendapatkan ejen perkhidmatan untuk memuat naik borang dalam i-Great Partner dengan alasan yang munasabah yang ditunjukkan pada borang.

Manfaat sijil anda tidak akan terjejas. Walau bagaimanapun, jika sijil anda layak untuk pembayaran tunai, bayaran tunai akan berdasarkan jumlah perlindungan yang dikurangkan. Faedah lain akan tetap sama.

Dokumen sijil baharu tidak akan dicetak tetapi pengesahan akan dikeluarkan dan ia boleh menjadi sebahagian daripada dokumen sijil.

Kami mengambil masa 5 hari bekerja untuk memproses permohonan selepas menerima semua dokumen yang diperlukan.

Anda boleh memuat turun borang di sini.

Pelanggan dinasihatkan untuk memuat naik borang dalam i-Get In Touch di bawah perubahan CS. Sebagai ejen, anda boleh memuat naik borang melalui i-Great Partner di bawah Perkhidmatan > Khidmat Pelanggan > CS borang serahan.