Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

Buat tuntutan disebabkan oleh hilang upaya penuh dan kekal

Pastinya anda gusar memikirkan cabaran masa depan sekiranya anda ditimpa hilang upaya penuh dan kekal. Ikuti langkah-langkah membuat tuntutan di sini.

Langkah 1:  Dapatkan dokumen-dokumen berikut

Untuk tujuan bukti dan pengesahan, sila lengkapkan dokumen-dokumen yang berkaitan berdasarkan tuntutan yang dibuat.

Dokumen yang Diperlukan untuk Tuntutan Hilang Upaya Penuh & Kekal:

Langkah 2: Menyerah dokumen

Penyerahan atas talian
Penyerahan dokumen fizikal

1. Portal pelanggan i-Get In Touch (iGIT)

2. Perunding Great Eastern Takaful anda

1. Cawangan Great Eastern Takaful yang terdekat

2. Pusat Khidmat Pelanggan yang terletak di ibu pejabat kami

Ibu pejabat:
Menara Great Eastern
Tingkat Mezanine
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Klik di sini untuk menetapkan temujanji

Waktu Operasi (Isnin hingga Jumaat)
Khidmat Pelanggan: 8:30pagi hingga 5.15petang
Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Soalan dan jawapan

Sila rujuk panduan di bawah tentang cara membuat penyerahan tuntutan:

1. Penyerahan atas talian:

Sila rujuk panduan di bawah tentang cara penggunaan iGIT bagi menyemak status tuntutan.


2. Penyerahan dokumen fizikal:

Setelah selesai membuat penyerahan tuntutan, anda boleh menyemak status tuntutan anda melalui portal pelanggan i-Get In Touch.

Sebagai alternatif, anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan menghantar e-mel ke kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com.