Buat tuntutan untuk hospitalisasi dan pembedahan
Ketahui lebih lanjut langkah-langkah membuat tuntutan perubatan anda. Sila pastikan dokumen asli seperti bil, invois dan resit yang diterima daripada hospital telah disimpan dengan cermat.
Langkah 1: Dapatkan dokumen-dokumen berikut
Untuk tujuan bukti dan pengesahan, sila lengkapkan dokumen-dokumen yang berkaitan berdasarkan tuntutan yang dibuat.
Dokumen yang Diperlukan untuk Tuntutan Hospitalisasi & Pembedahan:
Dokumen | Maklumat tambahan |
|
Borang Tuntutan Rawatan Hospital & Pembedahan - kenyataan pihak yang menuntut |
Dilengkapkan oleh pemilik sijil / penuntut |
|
Borang Tuntutan Rawatan Hospital & Pembedahan -kenyataan doktor yang merawat | Kenyataan doktor yang merawat |
|
Kenyataan Penuntut |
Borang tuntutan rawatan pesakit luar |
|
Senarai Semak Keperluan Penyerahan Tuntutan Keluarga |
- | |
Borang Kemudahan Kemasukan Kredit |
- |
Langkah 2: Menyerah dokumen
Penyerahan atas talian |
Penyerahan dokumen fizikal |
1. Portal pelanggan i-Get In Touch (iGIT) Perunding Great Eastern Takaful anda Nota: Bagi tuntutan pembayaran balik tuntutan dengan jumlah tuntutan melebihi RM500, pihak kami memerlukan dokumen asal sebelum membuat pembayaran, oleh itu sila serahkan dokumen asal ke ibu pejabat kami bagi tujuan pemprosesan tuntutan. |
1. Cawangan Great Eastern Takaful yang terdekat Ibu pejabat: Klik di sini untuk menetapkan temujanji Waktu Operasi (Isnin hingga Jumaat) |